Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan rahmatnya dapat kita sampai ke bulan Ramadan dalam keadaan masih hidup. Ada orang yang tidak dapat merasai Ramadan kali ini. Mungkin mereka adalah ahli keluarga terdekat kita, saudara mara, sahabat2 yang seangkatan dengan kita, rakan sekerja kita atau jiran2 kita. Bagi kita yang masih diberi peluang untuk merasai Ramadan ini mungkin tertanya2 apa hebatnya Ramadan ini? Teringat satu hadith dari Thalhah Bin Ubaidillah yang bermimpi tentang dua orang yang bersaudara. Kedua2nya telah terbunuh dalam berperang cuma yang yang seorang lebih awal dari yang seorang lagi. Yang terkemudian sempat dipertemukan dengan Ramadan. Rasulullah menyebut perbezaan kedudukan antara keduanya adalah seperti langit dan bumi. Dari itu dapat kita ketahui betapa besarnya peluang bagi orang yang dapat bertemu dengan Ramadan dalam masa yang sama kita tidak pula memperkecilkan ibadah jihad berperang dan mati kerananya, nilai jihad dan syahid itu sudah cukup besar besar, namun nilai bertemu Ramadan adalah lebih besar dari itu. Semoga kita dapat mempertingkatkan semangat diri untuk beribadah dalam bulan Ramadan kali ini. Penting juga bagi kita mempelajari ilmu2 agama dengan lebih mendalam, buat kajian tentang perbezaan2 pendapat dalam kalangan orang Islam terhadap sesuatu ibadah, dan menilai segala perbuatan yang kita anggap sebagai ibadah adakah ia sesuai dengan apa yang diajarkan oleh Rasulullah saw.
Okey, berbalik kepada tajuk, semalam telah sampai minyak wangi baru untuk kegunaan sepanjang Ramadan dan Syawal. Sebelum ini ada juga saya buat catatan tentang minyak wangi kerana saya sukakan minyak wangi. Jarang dalam sehari saya tidak calitkan sedikit minyak wangi terutamanya untuk solat. Kali ini saya pilih wangian Oud Hindi dan Creed Aventus. Satu yang pekat dan satu lagi yang cair. Yang pekat baunya lebih keras dan tahan lama, saya suka gilir2kan atau sekali sekala akan gabungkan keduanya jenis ini. Jenis oud jika disapu pada pakaian atau pada kulit atau pada janggut, baunya akan kekal lama. Tak perlu letak banyak, cukup sekadar hujung2 calitan sahaja. Bagusnya penjual minyak wangi ini, selalu dia akan beri kayu siwak sebagai hadiah. Aku memang jenis mengunakan kayu siwak juga, jadi ia adalah bonus dan penyebab untuk aku terus membeli di kedai ini.
Setakat ini dahulu catatan pagi ini. Sehingga bertemu lagi di lain catatan. Jangan lupa memperbanyakkan follow content berunsurkan agama dalam masa yang sama unfollow content2 yang ada maksiat di dalamnya. Semoga dengan jihad kecil ini dapat nilaian yang besar di sisi Allah swt.