Pagi pertama di Nuremberg.
Walaupun kepenatan berada dalam perjalanan selama lebih dari 24 jam untuk sampai ke destinasi, disebabkan jetlag pukul 4 pagi dah bangun. Bangun untuk selesaikan jamak takhir Maghrib dan Isyak. Kemudian sementara menunggu Subuh wife masak nasi dahulu dengan lauk2 segera yang dibawa dari Malaysia.
Kami tinggal di kawasan Muggenhof di 15 Tassilostraße. Rumah dengan 3 bilik siap 3 toilet dan 2 dapur. Amat selesalah untuk tinggal berempat. Kalau ada yang nak cari tempat tinggal boleh ke link Airbnb ini.
Untuk sampai ke Bandar Nuremberg atau kami perlu manaiki train underground atau U Bahn dari Muggenhof ke Hauptbahnhof (Nurnberg Hbf - Central Station). Boleh beli tiket untuk seminggu terus.
Aktiviti pada hari ini ialah peserta conference perlu ke bahagian finance di Friedrich-Alexander University di Erlangen. Erlangan merupakan satu bandar lain di utara Nuremberg.
Menunggu train Regional Express ke Erlangen |
Selesai urusan di Erlangen kami perlu ke Faculty of Humanities, Social Sciences, and Theology FAU di Nuremberg
Kalorien? Die zählen am Wochenende nicht! - Google translate: Calories do not count on weekends! Hehe..
BalasPadamJadi kalau nak makan banyak makan waktu weekend sahaja.
BalasPadam