Dijangka untuk part conference ni ada 4 part.
Balik dari FAU Nuremberg kami menaiki tram untuk ke Nuremberg Central Station (Hauptbahnhof). central station ini menghubungkan jaringan perkhidmatan keretapi antara bandar besar, train underground dalam bandar dan tram. Dengan ketiga-tiga perkhidmatan ini kalau takde kereta pun boleh hidup. Sampai di bandar Nuremberg agak awal pada hari itu jadi kami cadang untuk pusing bandar Nuremberg. Dr Fadzilah punya beg tak sampai sekali jadi kami ke Hotel Ibis tempat ahli rombongan lain tinggal mana tahu jika beg telah sampai. Dalam perjalanan balik kami singgah membeli buah dan sayur di sebuah gerai di tengah bandar. Agak pelik diwaktu petang ada gerai menjual buah sayur yang segar. Namun begitu harga gerai ini agak mahal berbanding di pasaraya.
Di pasaraya Norma ini mungkin pasaraya terdekat dengan tempat kami tinggal, kami perlu jalan kaki selama lebih kurang 20 minit untuk sampai ke Norma ni, teruja betul sebab Norma merupakan nama emak saya.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan