Isnin, Julai 08, 2024

Baiki 2 Laptop Dan Menjual ThinkPad X280

Assalamualaikum dah selamat pagi. Hari ni bercuti sempena Awal Muharam yang jatuh pada hari Ahad  dan dibawa ke hari Isnin jadi di sela masa ini aku cubalah merajinkan diri sedikit untuk membuat catatan pada blog ini tentang hal semalam. Entah macam mana ada dua orang call untuk check laptop mereka. Biasanya jarang-jarang nak dapat seorang customer pun. Ikut nasiblah sebab aku buat service ni pun suka2 sahaja. Sambil2 ada masa boleh tambah2 sikit pendapatan. Kadang tu tolong2 sahaja. 

Yang pertama laptop ASUS TUF F15. Sebelum ni ada juga dapat model ni tapi bukan rosak, cuma upgrade WLAN card. Yang ini tak boleh on, powernya ada tapi bila on dia akan mati immediately. Setelah aku buka dah check semua aku buat kesimpulan kemungkinannya motherboard problem. Disebabkan laptop masih dalam warranty aku suggest dia call ASUS sahaja. Dalam pada itu aku offer satu laptop ThinkPad secondhand kut-kut dia urgent nak pakai dan dia setuju untuk beli. Just masuk hard disk lama dari laptop rosak dan masuk laptop yang aku jual tu, terus boleh pakai, tak perlu nak install software dan transfer file. 

Customer kedua pula hard disk dia rosak, cuma laptop ni digunakan untuk troubleshoot kereta, jadi kalau ganti hard disk lain no point juga sebab yang penting software untuk troubleshoot tu. Aku pernah juga jumpa laptop untuk troubleshoot kereta ni biasanya dijual sekali dengan software. Jadi orang tu tak mahu repair dan ambil semula laptop dia. Yang ni aku tak charge apalah sebab just checking isu sahaja. 

Lepas settle semuanya kami sekeluarga bertiga keluar untuk makan tengah hari di Nasi Kandar Subaidah, aku pekena nasi gorang ayam. Malas nak makan nasi kandar sebab dah agak lewat masa tu, takut lauknya dah agak lama. Lama dah sebenarnya teringin nak makan nasi kandar tapi hold dahulu, kena timing yang betul-betul cantik baru cari semula. Baru puas hati huhu.


ASUS TUF Gaming F15 suspect rosak motherboard.

Panasonic Toughbook yang rosak hard disk.

Selamat tinggal ThinkPad X280, selamat berkhidmat untuk tuan baru.

Sekian dahulu. 

19 ulasan:

  1. bestnya ada skill gini!! dan dpt jd side income jugak kalau u betul2 all out ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak full all out pun, ada komitmen lain juga. Terima kasih hadir.

      Padam
  2. kat mana ni? nak hantar format hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Permatang Pauh. Setakat nak format tu boleh guide free2 sahaja.

      Padam
  3. saya pernah hantar kat kedai untuk check laptop...check saje dah kena labour cas..RM30...kasi rezeki buat orang bisnes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung atas jenis checknya tu. Sometime memang patut untuk charge.

      Padam
  4. Saya terbang juga RM sebab suruh orang tu tengok2 kan laptop saya yang bergaris banyak2. Tapi....orang luar yang pandai tu. Hantar kat Digital Mall PJ.

    BalasPadam
  5. Eh, saya pun ada laptop rosak. Keluar garis-garis je. Simpan gitu je tak baiki.

    Saya pernah beli bungkus nasi kandar dah lewat senja, ada sejenis lauk tu macam dah tak elok. Tak berani nak makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kena ganti screen tu, agak costly. Kalau nak sedekah boleh pos ke saya laptop tu.

      Padam
  6. rejeki repair sikit2 lama2 jd bukit., hehe

    BalasPadam
  7. Seronoknya pandai hal-hal begini. Boleh buat tambah-tambah pendapatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah sikit2. Memang bidang jadi kenalah tahukan.

      Padam
  8. Kiranya ada kepakaran membaiki kerosakan..syukur alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidaklah sampai jadi pakar, tapi sikit2 tu bolehlah.

      Padam
  9. Baguus kalo ada skill memperbaiki laptop seperti ini 👍. Saya pun kalo ada teman yg bisa begini, prefer dengan dia utk perbaiki. Krn lebih percaya juga kan.

    Kdg kuatir kalo sembarang taro laptop di service, takut dia ganti2 sparepartnya. Banyak case seperti itu. JD mautak mau perbaiki di service centre resmi yg jauh LBH mahal jadinya 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling bahaya jika ada data yang peribadi.

      Padam
  10. Paling bahaya jika ada data yang peribadi.

    BalasPadam