Rabu, Ogos 21, 2024

Dua Kegembiraan

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Semoga semua sihat dari mental, fizikal dan agamanya. Ada dua benda menarik dalam minggu ini iaitu pertamanya dapat lagi meng"unlocked" badge untuk task aktiviti fitness pada bulan Ogos ini. Sebenarnya task agak susah juga kali ini iaitu perlu melakukan 38 minit exercise dalam setiap hari untuk 14 hari. Aku berjaya meng"unlocked"nya pada 18 Ogos. Average move setiap juga meningkat berbanding bulan-bulan yang lepas. Harap bolehlah diteruskan trend ini. 

Perkara kedua ialah baru dapat transkrip seakan sijil bagi Halaqah Silsilah Ilmiah yang telah aku enrol beberapa bulan yang lalu. Keputusannya juga membanggakan diri juga. Setiap hari ada topik baru untuk dipelajari kemudian ada ujian harian, pekanan/ mingguan dan ujian akhir. Pencapaian bagi 3 tajuk besar mendapat IPK Level: 3.24. Rasanya sama seperti PNGK atau CGPA yang banyak digunakan di peringkat universiti. Maksimumnya adalah 4.

 

Badge untuk August 2024 Challange.

Transkrip atau sijil Halaqah Silsilah Ilmiah.

 Itu sahaja untuk malam ini.

8 ulasan:

  1. Saya tumpang gembira tuan ...kejayaan yang menginpirasikan saya juga

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah dan Tahniah

    BalasPadam
  3. Memerlukan komitmen yg tinggi.. Tahniah...

    BalasPadam
  4. Challenging yg pertama menarik juga. Setiap hari selama 14 hari 38 menit sebenarnya tak susah kalo dah terbiasa olahraga 👍👍. Kalo dibuat challenge seperti ini rasa makin termotivasi utk olahraga demi bisa unlocked badge 👍👍

    BalasPadam