Selasa, Ogos 06, 2024

Projek Ganti Lampu Signal Motor Honda Wave 125i

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Catatan pagi ini berkisar aktiviti pada hari Ahad yang lepas. Macam biasa blog ini biasanya akan mencatatkan aktiviti pada hujung-hujung minggu kerana biasanya apa-apa aktiviti dibuat pada hujung minggu. Sebenarnya ada sahaja catatan yang boleh dibuat cuma kadang-kadang tak cukup masa.

Ada satu masalah yang selalu orang isukan bagi motor kapcai Honda iaitu signal belakangnya senang reput dan patah. Semenjak kerajaan Malaysia mensyaratkan kepada pengeluar motosikal supaya mengasingkan lampu signal belakang dari lampu brek maka banyaklah masalah. Rasanya pengeluar pun terpaksa cari jalan paling murah untuk ubah kedudukan asal lampu signal yang rapat dengan lampu brek kepada lampu signal yang berasingan. Apa tujuaannya pun tidak pasti, cuma jika perubahan itu berlandaskan kajian mendalam maka aku setuju sahaja. Jika main agak-agak aku rasa seperti ingin menunjukkan seperti bersungguh sahaja. Janji nampak sesuatu jabatan itu ada kerja. Apa yang diharapkan dengan perubahan ini ialah kes langgar dari belakang berkurang.

Berbalik kepada hal signal motosikal aku, ia pun sudah patah dan perlu diganti. Aku pun mulalah cari-cari part secara online. Satu masalahnya dalam mencari part ni ialah susah juga nak dapatkan part yang original sedangkan banyak kilang ada di negara kita. Negara kita dibanjiri dengan part-part aftermarket atau OEM yang kualitinya biasa rendah berbanding original. Aku lebih prefer bayar lebih sedikit untuk part yang original. Bila tak jumpa yang original terpaksa jugalah cari yang OEM atau lebih mudahnya part tiruan.

Jadi hari Ahad baru ni aku pun mulalah menggantikannya. Agak tricky juga jika tak biasa macam aku ni, cuma aku ni suka nak buat sendiri. Mula-mula kena buka cover body sebelah kanan, kemudian kena tanggalkan lampu belalakang. Cover body sebelah kanan tu tak perlu dibuka semua, cukup sekadar boleh renggangkan sedikit dah mencukupi untuk sambungkan wayar lampu signal dan lampu belakang. Bila dan sambungkan test dahulu sebelum pasang semula lampu belakang dan cover body sebelah kanan. Sekarang motosikal aku dah elok semula. 

Masuk dalam rumah aku cakap kat wife, "kalau tak jadi orang IT rasakan boleh jadi mekanik motor aku ni".  


Lampu signal baharu.
Bukan original sebab tak jumpa yang original.
Buka sedikit cover sebelah kanan.
Setelah siap dipasang. Nombor plat sengaja ditutup.

Sekian dahulu catatannya kali ini. Lampu signal motor korang ok ke tu?

 

9 ulasan:

  1. bagus betul u ada skill repair sendiri tu motornya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang senang dan cukup alat bolehlah buat sendiri.

      Padam
  2. Selalunya hari Isnin mmg semangat nk update blog sbb byk cerita hujung minggu.. hehehe

    BalasPadam
  3. punya keahlian servis motor juga nih, kalau masih bisa perbaiki sendiri lumayan irit ya bang.

    BalasPadam
  4. Benarkan laptop bisa, benarkan motorcycle pun oke 😄👍👍👍. Baguus lah Abang nih, bisa banyak hemat, drpd bawa ke bengkel kan. Next nak benarkan mobil kalo terjadi kerusakan 😄👍

    BalasPadam
  5. Enak juga kalau bisa perbaiki sendiri, jadi tidak perlu keluar uang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mas Priant Taruh, betul itu. Yang mana boleh dibuat sendiri akan dibuat sendiri. Boleh buat modal untuk update ke blog projeknya.

      Padam