Rabu, September 18, 2024

Jem Teruk Dari Penang ke Cyberjaya

Assalamualaikum dan selamat pagi. Minggu ini aku mengambil cuti sambungan dari cuti ganti Hari Malaysia dan Maulidul Rasul pada hari Isnin. Perancangannya nak ke Cyberjaya dan juga ke Gombak pada hari Selasa. Hari Selasa itu Sebelum bertolak ada beberapa perkara dahulu yang perlu diselesaikan. Pertamanya Eryna ada temujanji dengan doktor di Klinik Dermatologi di Hospital Pulau Pinang. Kulit dia ada masalah vitiligo sejak beberapa tahun ini. Apapun untuk sembuh memang agak susah, sekarang ini yang penting dapat menstabilkan kulit dan mengelak dari semakin merebak. Pagi tu selepas Subuh dah kelam kabut bersiap, sedang bersiap tiba-tiba kad temujanjinya tak jumpa pula. Setelah kecoh satu rumah akhirnya jumpa juga. Biasanya memang akan bertolak awal supaya tak kena jem dan juga supaya dapat parking di Hospital Pulau Pinang. Jika lambat memang susah nak dapat parking. Pagi itu pula hujan sangat lebat. Nasib baik jalan kurang jem mungkin kerana cuti sekolah. Perjalanan ke hospital, urusan berjumpa doktor dan urusan mengambil ubat agak cepat juga selesainya. Setelah selesai, kami pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah aku pun dropkan Eryna dan minta dia siapkan beg untuk ke Cyberjaya dan Gombak manakala aku pula pergi drop parcel yang berisi laptop. Ada kawan minta carikan laptop dan kebetulan aku memang ada laptop nak jual, harga memang below market price, dah siap setting cun-cun untuk kegunaan pejabat. Kawan ni menguruskan syarikat di Kuantan, sudah beberapa kali juga dia membeli laptop dari aku. Dia meminta aku pos menggunakan GDex, aku ikutkan sahaja apa kehendaknya walaupun menurut sayarikat yang menguruskan pos barang itu GDexlah yang paling mahal berbanding syarikat lain, tetapi harapnya supaya parcel diuruskan dengan baiklah sehingga sampai ke tangan pembeli.

Selesai mengepos barang kami pun siap-siap untuk bertolak ke Cyberjaya bagai manapun masih ada 3 perkara perlu diselesaikan iaitu menghantar Gumiko (seekor kucing betina yang berusia setahun lebih) ke tempat tinggal sementara, ada yang menyebutnya hotel kucing, asrama kucing atau boarding. Di tempat ini kadar sewaannya adalah RM10 sehari dengan syarat makanan telah disediakan. Setelah itu kami singgah ke SMK Pauh Jaya kerana ada urusan mengambil slip dan seterusnya ke kedai makan untuk bersarapan merangkap makan tengah hari. Memang aku dah plan untuk tidak makan tengah hari dalam perjalanan kerana akan rugi masa, berhenti pun hanyalah untuk toilet break dan solat di surau R&R.

Perjalanan dari Penang ke Cyberjaya semalam sangat menduga kesabaran kerana teruk betul jemnya. Banyak kenderaan dan hujan juga di beberapa ketika. Kami bertolak jam 11 pagi dan sampai ke Cyberjaya jam 7 malam. Masalah betul bila berjalan waktu cuti sekolah, di mana-mana akan jem. Perancangannya aku akan bermalam 2 malam di Cyberjaya dan 2 malam lagi di Gombak. Nanti hari Sabtu akan pulang semula ke Penang, harapnya tak lah jem terus macam semalam. 

Waktu Zohor di R&R Sungai Perak, nampak masih berkabus.

Kesian Gumiko kena tinggal.

Menghantar laptop kepada kawan di Kuantan.

Parking bertingkat di Hospital Pulau Pinang.

Setakat ini dahulu catatan kali ini. 

2 ulasan:

  1. Banyak urusannya tu. Semoga penyakit tu tak merebak dan dapat dipulihkan. Aamiin...

    Cuti sekolah dan tambah hujan pulak. Bertambah sesak dan jem dibuatnya kan. Memang bertabahlah kalau jem. Ini baru cuti sekolah dan cuti panjang. Musim raya lagi hebat cabarannya. huhu...

    BalasPadam
  2. Olololo... Gumiko buat mua sedih!

    BalasPadam