Isnin, Oktober 21, 2024

Masjid Permatang Janggus Selepas Ubah Suai Besar-besaran

Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap semua berada dalam ketenangan kerana ketenangan merupakan satu dari nikmat yang amat kita perlukan dalam menjalani hidup seharian. Tanpa ketenangan jiwa pelbagai masalah boleh timbul pada hubungan kita dengan orang-orang di sekeliling kita dan juga kepada hubungan kita dengan Allah. 

Jumaat lepas berpeluang ke satu masjid yang aku teringin nak pergi. Namanya Masjid Permatang Janggus di Permatang Pauh. Jumaat itu hujan dari pagi hingga ke tengah hari. Kebiasaannya aku suka berjalan kaki ke Masjid Jamek Seberang Jaya tetapi disebabkan hujan terpaksalah merngubah kebiasaan. Sudahnya aku menumpang kereta rakan sekerja dan mereka memilih untuk ke masjid ini. Mungkin kerana lebih mudah untuk balik semula dan dapat mengelak kesesakan. 

Aku pula agak teruja kerana masjid ni pernah aku hadiri dahulu sebelum ubah suai besar-besaran. Dari luar nampak jauh berbeza masjid ini jika di bandingkan dengan yang lama. Dulu beberapa kali juga aku ke masjid ini untuk mengikuti kuliah-kuliah Maghrib, dahulu seronok kerana masjid bebas memanggil mana-mana ustaz dari pelbagai aliran pemikiran, sekarang ni hanya aliran tertentu dibenarkan dan jika tiada tauliah khas maka tidak dapatlah ustaz itu memberi kuliah. Satu kerugian dari satu segi, kadang yang diberi tauliah pula menyampaikan yang tidak sepatutnya seperti amalan-amalan yang bukan datang dari nabi saw. 

Apa pun selepas ubah sian ini masjid menjadi lebih luas maka ia dapat menampung lebih ramai jemaah. Selesa juga dan lebih modern.

Mimbar masjid.

Masjid lama sebelum ubah suai.

Satu lagi gambar Masjid Permatang Janggus sebelum ubah suai.
Sekian dahulu.
 

1 ulasan: