Berempat kali ni. |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Malam tadi ke Penang Airport mengambil wife yang balik cuti awal pada minggu ni sebab ada cuti sempena Deepavali pada hari ni. Biasanya kalau hari nak ambil wife ni aku tak makan malam awal sebab lepas ambil wife akan singgah mana-mana kedai. Satu sebab nak makan dan satu lagi nak tadah telingalah sebab banyak yang wife nak ceritakan sepanjang dia kerja. Macam itulah PJJ atau LDR life. Bila dia bercerita aku akan dengar dengan khusyuk dan bersungguh-sungguh.
Malam tadi kami singgah di satu kedai makan yang ada kenangan nostalgia semasa tinggal dan kerja di USM dahulu. Nama kedainya Nasi Bukhari Mendi Sajid Khan. Kedai ni menyediakan menu masakan arab dari dahulu lagi. Aku tercari juga ada seorang pekerja yang aku kenal dahulu tapi tak jumpa pula. Mungkin dah tak kerja di situ lagi. Disebabkan perut agak lapar aku rasa nak makan nasi arab.
Antara menu yang ditempah ialah nasi arab hanith chicken, beef kima dengan roti arab dan cheese nan ayam tandoori. Licin pinggan dibuatnya. Aku ni agak gemar juga nasi arab ni. Kena pula dengan hanith chicken yang lembut sekali. Ayam ni diperap dengan rempah dan ada cili dan sedikit sayur. Dulu rasanya plain sahaja, sekarang makin sedap pula. Selain dari sambal yang disediakan, potongan cili pun buat penyedap rasa. Dari kejauhan terdengan orang India membakar mercun sempena sambutan Deepavali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan