Isnin, Oktober 07, 2024

Pengalaman Tiada Air Di Pulau Pinang

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pertamanya nak mohon maaf kerana agak lama juga tidak membuat catatan di blog ini. Tiada alasan yang kukuh cumanya baru perasan juga kadang bila kita ada sedikit tekanan kerja kita akan kurang mood untuk buat catatan, Mungkin hanya saya seorang. Mungkin juga otak kita hantar arahan bahawa kita kena utamakan kerja yang penting dahulu sebelum yang kurang penting. Apa pun taknak pula jadikan ia alasan sangat sebab masa masih ada jika kita peruntukkan.

Selain dari urusan kerja, ada juga urusan menuntut ilmu mungkin menjadi penyebab. Baru enrol 1 course bertajuk Silsilah Ilmiyyah Fiqih Manasik Haji Sesuai Tuntunan Rasūlullāh yang bermula hari ini dan akan berakhir dalam 5 minggu. Dalam seminggu lepas telah ada muqaddimah Pengagungan Terhadap Ilmu selama seminggu. Dalam masa yang sama ikuti Silsilah Ilmiah Beriman Kepada Hari Akhir Bahagian 3 bermula hari ini dan tadabbur Al-Quran baru sampai Al-Baqarah ayat 14, tadabbur ni ikut pace kita sendiri. Nanti saya share nota tadabbur tu.

Berbalik kepada masalam air di Pulau Pinang, secara spesifiknya Seberang Perai Tengan dan Seberang Perai Selatan. Secara ringkasnya ianya bermula dari hari Jumaat dan sepatutnya selesai pada jam 10AM hari Sabtu, sekali ada masalah paip besar pecah di tempat lain menyebabkan air hanya dapat semula pada pukul 3PM hari Ahad. Jenuh juga sebab kalau ikut perancangan mereka sepatutnya tiadalah masalah sangat, sekali drag banyak tempoh penyelenggaraannya. Dari masa ke semasa duk check update laman PBAPP di facebook.

Dua harilah terpaksa keluar dari rumah untuk mencari air, nasib baik juga ada takung air sedikit. Credit kepada puan isterilah yang gigih menakung air sampai ke bekas2 kecil pun semua dibubuh air. Hari Sabtu kami mencari makan di Kulim, cari punya cari sampailah ke Restoran Daun Kunyit. Ada ikan bakar dan pelbagai lauk lain. Kami bersarapan merangkan makan tengah hari sekali. Berbaloi dengan ikan bakar yang agak besar makan 3 orang dalam RM50. Selepas itu kami ziarah kenalan di Kulim, dah alang-alang sampai lagi pun lama tak ziarah kenalan ini. 

Hari Ahad pula, disebabkan masih tiada air, kami ke Bertam untuk makan pagi, shoping groceries dan dobi baju. Menarik juga makan di Restoran Dapoq 5 Beradek. Bila ada menu lontong biasanya akan pilih lontong kerana agak susah nak jumpa. Setelah itu, selesaikan apa yang patut di Mydin dan kemudian mendobi. Sampai rumah tak lama tu baru air masuk. Dalam pukul 3PM baru air mula masuk. Lega betul, seronok baca komen2 orang di page PBAPP tu. Ada yang sampai 3AM tadi masih belum dapat air. Kesian dengan nak kerja dan sekolahnya. Selepas ni kena prepare for the worst case, tak boleh ambil mudah.

 

Restoran Daun Kunyit di Kulim.

Apa-apa pun ambil gambar dahulu bila mencuba tempat baharu.

Jika tak silap di sebuat ikan gado-gado tapi tak berapa pasti.

Sedap sahaja Gumiko ni tidur beralas kain tuala buat bantal.

ThinkCentre M720q untuk dijual jika ada yang mencari tiny desktop.

Sarapan lontong dan teh tarik di Restoran Dapoq 5 Beradek, Bertam.

Stok kurma dah habis dirumah, dah beberapa hari burbuka tanpa kurma. Nasib ada jumpa kedai menjual kurma di Mydin Mall Bertam.

 

Setakat ini dahulu, sekian.

1 ulasan: