Isnin, Oktober 28, 2024

Xiaomi Tv A Pro 43'

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kali ni nak buat catatan sedikit tentang aktiviti pada hujung minggu baru ni. Entah macam mana beberapa hari lepas masa aku tengah baiki satu laptop tiba-tiba tv tak boleh display. Aku pun susah hatilah sedikit kerana susah nak buat kerja dan nak tengok tv pun tak bolehlah walau pun tv ni dah kurang sangat penggunaannya dah, Astro, HyppTv dan Mytv pun tak ada. Kalau nak tengok apa-apa guna laptop atau komputer yang disambungkan ke tv. 

Bila aku check rupanya model tv rosak tu ialah Hisense LED Series 2 40' yang dibeli 10 February 2017. Tujuh tahun jugalah penggunaannya. Aku pun survey2 sikit tentang model terkini yang berbaloi dari segi harga dan features last-last aku decide untuk cuba Xiaomi Tv pula. Hari Sabtu tu kami bertiga keluarlah ke AEON Bukit Mertajam. Sempat masuk beberapa kedai sebelum ke Mi Store. Bila tengok model yang aku  nak tu ada lalu beli sahajalah. Model yang baru ni ialah Xiaomi Tv A Pro 43' 2025. Maaflah aku suka bila nak tulis sesuatu model akan catat model penuh sebab dah biasa buat repair-repair laptop mesti nak tahu model penuh. Jika jadi apa-apa isu, senang nak cari penyelesaian.

Model baru ni 43' 4k berbanding yang lama 40' full hd. Tak nak yang besar-besar sebab ruang pun terhad dan tak nak adjust banyak-banyak. Nak bawa ke mana-mana pun boleh masuk kereta. Model sekarang ni mostly semuanya datang dengan Google Tv. Kalau tak ada Astro ke Hypptv ke bolehlah at least buka Youtube terus, lain-lain service macam Netflix, Amazon Prime kena bayar subscriptionlah. Tengoklah nanti ketahanan tv ni.   


Ronda-ronda Kaison dulu, dan satu lagi kedai yang tak ingat namanya.

Setting up Google TV.

Selamat berkhidmat.

Sekian, dahulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan