Assalamualaikum dan selamat petang. Sambung catatan di Batu Ferringi hujung minggu baru ni. Setelah bersarapan dan ronda-ronda dengan kereta pagi tu kami berehat sebentar di resort. Kemudian apabila matahari mula memunculkan dirinya aku mengajak wife mandi kolam. Mulanya anak tak nak ikut tapi bila kami dan sampai dan orang pun tak ada masa tu tak lama lepas tu anak pun turun juga untuk mandi kolam. Walaupun dalam keadaan yang kurang sihat. Ok juga kolamnya kerana luas. Tak lama setelah kami turun kemudian muncul dua couple mat saleh join. Dah jadi segan lah sikit kerana pakaian yang perempuannya boleh tahan kecilnya. Dalam beristighfar tu terjeling-jeling juga. Semoga Allah mengampuniku.
Tengah harinya kami makan agak lewat kerana telah maklum kedai di hadapan apartment ni buka jam tiga petang. Kami jadi pelanggan pertama. Kagum dengan si peniaga yang boleh handle berseorangan tempahan makanannya. Kami tempah tomyam, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan daging masak merah. Sedap betul rasa masakannya, harga pun murah bagi tempat tumpuan pelancong. Cuma tempatnya agak kecil jika ramai pelanggannya. Sedang kami makan, ternampak satu jenis tupai yang besar berwarna hitam. Rupanya nama tupai ni ialah Tupai Kerawak Hitam. Kata tuan kedai memang selalu tupai itu muncul dan nampak jinak betul.
Setelah makan kami menapak menuju pantai mengikut jalan yang ditunjukkan agen rumah yang kami sewa. Sampai di pertengahan jalan tiba-tiba ada anjing yang gayanya memang tak nak bagi kami lalu. Malas nak ambil risiko kami pun keluar dan mencari jalan lain, jalan punya jalan akhirnya kami masuk sahaja kawasan Hotel Shangri-La Rasa Sayang untuk ke pantai. Kiranya kami terpaksa mencerobohlah sedikit untuk melalui jalan pintas. Nasiblah pekerja di sana tak bertanya, hanya senyum sahaja, kami pun buat-buat macam guest mereka sahajalah.
Malamnya kami keluar berjalan lagi ke kawasan Pasar Malam Batu Ferringhi. Dah banyak juga berubah namun tak banyak yang menarik pun. Hanya cuci mata sahaja dan merancang untuk makan di kawasan itu. Sebelum balik ke apartment kami singgah makan malam di sebuah kedai yang menyediakan kebab shawarma. Sedap kebabnya dan sedap juga harganya. Tidak hairan kerana ia berada di tengah kawasan pelancong, pasti banyak keuntungannya kedai ini. Selesai itu kami pun balik untuk merehatkan diri dan tidur.
|
Masih kosong kolam ketika ini.
|
|
Risau juga takut ada buahnya yang telah tua.
|
|
Gaya seorang jurufoto.
|
|
Bertemu Tupai Kerawak Hitam di Batu Ferringhi.
|
|
Jinak tupainya.
|
|
Laluan ke pantai yang di kawal oleh anjing.
|
|
Akhirnya sampai juga ke pantai.
|
|
Antara aktiviti yang ada bagi guest Shangri-La.
|
|
Kalau ada bajet lebih boleh tempah Shangri-La, lagi banyak aktiviti dan suasananya.
|
|
Kebab shawarma mix, yang memanggangnya ialah orang asal Mesir.
|
Sekian, dahulu catatan kali ini.
Wow…cantik tupai tu.
BalasPadamTak penah tahu dan kenal nama tupai kerawak hitam.
Nampak besar saiznya berbanding tupai biasa.
Tupai tu sangat rare. Kalau tupai biasa memang pernah nampak la kat area rumah saya.
BalasPadam