Selasa, November 05, 2024

Menginap di Sri Sayang Resort, Batu Ferringhi

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Baru nak ada masa untuk buat catatan di blog ini dan rasa rugi pula jika tidak dibuat catatan. Mana yang berblog tu tahulahkan macam mana perasaannya. Hujung minggu baru ni wife decide untuk tempah hotel di kawasan Batu Ferringhi. Disebabkan hujung minggu lepas ni bersambungan dengan cuti Deepavali maka banyak hotel telah penuh dah harga naik banyak maka kami tempah apartement yang ada dua bilik. Ada ruang tamu yang luas, ada beranda, ada dua bilik air dan ada dapur kita cukuplah tu untuk menginap untuk dua malam. 

Perjalanannya bermula setelah aku balik dari kerja pada hari Jumaat, perjalanan yang sepatutnya satu jam dah jadi dua jam disebabkan kesesakan. Sampai pun dah penat dan dah malas nak keluar dah, malam tu aku masakkan mi segera goreng (padahal tak goreng pun). Apapun sampai-sampai tu sempatlah juga mengambil gambar matahari terbenam di Batu Ferringi. Malam itu aku tidur awal setelah selesai tugas pengajian aku.

Keesokan paginya kami keluar bersarapan di Restoran Khalil Nasi Kandar. Cawangan Khalil yang ini macam kurang bagus jika di bandingkan dengan Khalil yang bersebelahan Kompleks Kediaman RST, USM. Yang di USM tu jauh lebih baik diurus. Sepatutnya tempat tumpuan pelancong ini lebih patut dijaga dengan baik. Pagi itu Eryna kurang sihat pula, jadi risau juga melarat. Cepat-cepat belikan ubat sebagai ikhtiar untuk sembuh kerana yang memberi penyakit dan yang menyembuhkannya hanya Allah. 

Selesai bersarapan kami ronda-ronda Batu Ferringi sampai ke Teluk Bahang, kemudian kami singgah di tepi pantai untuk menikmati permandangan pantai. Setelah itu kami pun pulang semula ke apartmen untuk berehat.

Bersambung insyaAllah.    


Permandangan matahari terbenam di Batu Ferringhi.

Berhadapan dengan apartmen ini ialah Shang-Ri La Resort.

Kolam yang disediakan untuk penghuni apartmen.

Bergambar di hadapan apartment sebelum mencari sarapan.

Menikmati permandangan di tepi pantai.

Awal pagi dan ada sekumpulan yang mandi laut.

Sri Sayang Resort.

Sekian, dahulu kali ini.

1 ulasan:

  1. alhamdulillah, best tu dpt staycation spent masa bersama yg tersayang

    BalasPadam