Isnin, Januari 20, 2025

Persediaan Ke Italy dan Balkan

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ni mula bercuti dua minggu. Esok awal pagi akan berangkat ke Milan, Italy seterusnya ke beberapa negara Balkan. Ini kali pertama ke kawasan ini. Rasa berdebar-debar juga. Seminggu dua ni duk menyiapkan persiapan untuk ke sana. Kali ini akan bermusafir bersama kakak ipar dan suaminya.

Harap semuanya ok lah, sebenarnya risau nak lepas imigresen sebab sebelum ni selalu ada masalah. Kena bawa surat dan sebagainya untuk keluar. Kali ini katanya tiada sekatan dah. Apa pun masih tetap berdebar-debar. Kami ke sana dengan travel agency jadi tak adalah perlu nak fikir untuk di sana. Lagi pun nak ke banyak tempat sini baiklah pakai travel agent sahaja. Malas nak peningkan kepala.

Petang ini akan bertolak ke Cyberjaya dari Penang.  


Buah kiwi ni bagus untuk vitamin c.

Seminggu dua ni sibuk betul ditempat kerja, banyak isu di sana-sini dan perlu selesaikan isu-isu itu sebelum bercuti.

Evoke, bangunan yang gelap di malam yang gelap.

Kadang suka bermanja Gumiko ni, pesen tidur kadang teruk betul.

Ziarah kematian ibu mertua boss di Junjong, Kedah.

Dah 6 tahun pakai iPhone XR ni, ingat hari tu nak upgrade dah tapi fikir balik ingat nak tunggu 17, sebab suka nombor 17 huhu.

Peak laptop technology dari segi sedap menaip pada akulah, tapi sayang market demand nak makin nipis, penyudahnya banyak fungsi laptop tergadai sekarang ni.

Bateri ok tapi laptop customer yang problem tak boleh masuk charge. Rugi sikit, nanti nak try jual balik. 

Boss ada bagi kasut but, semangat mengilatkannya. kasut tengah tu nak bawa ke Balkan. Oklahkan pakai untuk winter.

First time ke Burghub Tasek Gelugor, rasanya cawangan Perda lagi menarik.

Memenuhi jemputan kenduri kahwin kenalan satu taman, sekali bekerja dahulu di USM di Cinta Sayang Golf & Resort. 

Sarapan capati pagi tadi, lepas ni rindulah makanan Malaysia bila di luar negara.

Itu sahaja kali ini, ketemu lagi mungkin selepas balik dari Balkan bulan Februari nanti.  

2 ulasan:

  1. Memang berdebar tiap kali nak ke negara asing. Tapi kalau ikut travel agent kuranglah sikit rasa berdebar, lebih kepada rasa excited.

    Semoga permusafiran en.Faizal dan keluarga dipermudahkan Allah. Seronok dan puas berjalan selama dua minggu tu.

    BalasPadam
  2. Wah nak travel jauh..selamat bercuti...

    BalasPadam