Assalamualaikum dan selamat petang. Tangguh dahulu catatan Balkan 2025 sebab nak buat catatan terkini pula. Entah macam mana dalam minggu lepas masa bekerja perasan batu cincin dah hilang, adalah tu jatuh di mana-mana di sekitar tempat kerja. Sedih pula rasa jadi bertitik tolak dari perkara itu gigihlah aku memikirkan macam mana nak cari ganti batunya. Aku pun cuba cari-cari di Marketplace. Adalah juga jumpa beberapa orang yang menjual cincin siap, ada yang terpakai, ada yang lokasinya jauh.
Aku cuba cari yang paling dekat dengan menyusun senarai berdasarkan lokasi paling dekat. Ada seorang itu menjual cincin, bila aku semak semua iklannya ada juga dia menjual batu. Setelah berjanji aku pun ke tempatnya yang cukup dekat dengan rumah, walau pun tak berapa banyak batu yang ada dan kebanyakkannya aku kurang berkenan. Entah macam mana aku tertarik dengan batu jed hijau yang dipotong bersegi. Maka berlakulah jual beli dengan penjual itu. Mulanya aku ingat sekejap sahajalah prosesnya, tapi penjual ni jenis yang rajin bercerita, habis cerita batu dan cincin di keluarkan pula beberapa keris, minyak wangi. Panjang pula jadi ceritanya, aku pun layankan sahajalah. Seronok juga bersembang dengan orang yang mendalami satu perkara itu. Aku pula sekadar suka memakai sahaja. Dia mencadangkan untuk memasang batu itu untuk ke Ropewalk Bagan kerana ada beberapa tukang cincin di situ.
Semalam (Ahad) aku ke Ropewalk Bagan di Butterworth. Rupanya Ropewalk ni meriah dalam pukul 12PM macam tu, aku pukul 10AM dan sampai. Tak banyak yang buka lagi dan aku pun pergi sarapan di Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamed di Butterworth. Aku hanya makan roti canai dan teh tarik sahaja sedangkan ketika itu orang dah beratur untuk makan nasi kandar. Aku bukan yang jenis makan nasi kandar pagi, kalau hampir-hampir ke tengan hari tu ok lah lagi.
Selepas sarapan aku pun memecutkan motosikal untuk ke Ropewalk Bagan semula, terpaksa lagi mundar mandir kerana tukang cincin masih belum sampai. Ada aku bertanya dengan orang-orang di situ, katanya biasa dah sampai. Hampir sahaja putus asa, tiba-tiba perasan ada orang sedang mula susun barang-barang jualan batu dan cincin. Bila aku tanya kedai yang tengah disebabkan dia baru sampai dia suruh ke kedai yang hujung untuk pasang batu. Aku pun ke kedai hujung untuk memasang batu cincin, rumit juga kerjanya. Selesai pemasangan dia suruh aku cuci di kedai tengah tadi. itulah hebatnya orang Melayu berniaga, tak sibuk nak berebut pelanggan malah membantu antara satu sama lain pula. Aku cuci dua cincin sekali dengan harga RM10. Sangat berbaloi pada ada aku dan aku balik dengan rasa gembira sekali.
Sekarang ada 3 cincin perak yang boleh digilirkan. Orang lelaki hanya boleh pakai cincin perak, ia adalah sunnah. Emas bukan perhiasan lelaki dan haram dipakai. Suasa pula tidak boleh dipakai kerana mengandungi sedikit kandungan emas, manakala besi biasanya stainless steel ada juga laranganya. Ada juga jenis tembaga yang aku tak pasti tentang hukumnya. Ketiga-tiga cincin ini aku beli semasa mengerjakan umrah pada tahun 2015, 2019 dan 2024. Ada aku buat catatan sebelum ini berkenaan cincin yang dibeli di Madinah pada awal tahun 2024. Nikmati gambar-gambar dan kapsyen di bawah.
 |
Batu cincin yang hilang. |
 |
Batu jenis jed yang menjadi pilihan, saiznya juga menjadi penentu. |
 |
Antara penjual di Ropewalk Bagan. |
 |
Barang-barang terpakai di Ropewalk Bagan. |
 |
Ronda-ronda cuci mata sementara tunggu tukang cincin sampai. |
 |
Yang ini batu lama tetapi tercabut, minta dipasangkan semula.
|
 |
Setting dahulu sebelum dapat dipasang batu pada cincin. |
 |
Pelbagai jenis batu.
|
 |
Pelbagai jenis bingkai cincin. |
 |
Gambar selepas baru dicuci. |
 |
Umrah 2015, 2019 dan 2024. Semuanya ada ceritanya tersendiri.
|
 |
Pakai cincin batu firuz dahulu, nanti masuk Ramadan ingat nak pakai cincin batu jed.
|
Sekian dahulu, bertemu dicatatan seterusnya.
Uncle tu jual barang vintage. 😲
BalasPadamRamai otai-otai yang berniaga, Melayu ada Cina pun ada.
PadamItu cincin salah satunya yang di belikan oleh istri sebagai hadiah ya kalau tak salah selagi umroh kemarin, koleksi cincin ya bang.
BalasPadamBetul yang akhir tu hadiah isteri, risau tak cukup duit makan sebab walaupun makanan disediakan lebih selesa makan beli sendiri.
PadamDah lama tak pakai cincin. Jari 2 bogel je....
BalasPadamCarilah satu uncle, buat raso-raso.
PadamCincin kenangan rupanya.
BalasPadamBagus semua peniaga, saling berkongsi rezeki. Sorang jual batu, sorang tukang pasang, sorang tukang cuci.
Ia, semuanya ada kenangan. Betul tu, semoga murah rezeki mereka semua tu.
PadamSuka batu jed.... jenis jed ni ada kelas tersendiri
BalasPadamSuka juga cuma orang Melayu agak skeptikal sedikit sebab biasanya orang Cina suka batu jed ni.
Padamawat murah sangat tuuuu
BalasPadamSaya pun terkejut juga, cuci RM10, pasang 2 batu free sahaja. LOL itu yang gembira sahaja balik rumah. Modal beli batu sahajalah RM80.
PadamSaya sendiri tak suka pakai cincin. Perhiasan lain ok je. Pasang batu free...mungkin dah siap charge dalam harga batu agaknya tu. Tapi....harganya ok jugak la kan...
BalasPadamBatu beli dengan orang lain.
Padam