Isnin, Februari 03, 2025

Travelog Milan, Lake Garda Dan Venice

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali untuk catatan pengembaraan 9 negara. Hari ni masuk kerja setelah 2 minggu bercuti, kepenatan masih terasa dan masih terasa di awang-awangan. Pengembaraan ini merupakan pengembaraan ekspres, dalam masa 11 hari kami menjelajah 9 buah negara. Rasanya memang selling point trip ini ialah bilangan negara tu. Apapun trip ini hanya tumpu pada tempat-tempat top pelancong. Kami tiba di Milan dalam pukul 7 malam, keluar dari Milano Malpensa Airport terus angin sejuk menyapa kulit. Masing-masing baru nak melengkapkan pakaian sejuk seperti jeket, beanie dan sarung tangan. Lega bas tidak jauh dan kami terus bergerak ke Restoran Malpensa Turkish Kebab untuk malam malam.

Seperti biasa aku sentiasa bersemangat makan berbanding orang lain, dari dalam flight pergi sampai ke flight balik biasanya aku akan makan habis, potionnya selalu besar dan kadangkala tambah pula makanan orang yang tak habis. Sudahnya malam tadi timbang berat tengok-tengok naik 2 kg huhuhu. Marilah memperbanyakkan puasa di blan Sya'ban, nabi saw paling banyak puasa pada bulan Sya'ban selain sebulan Ramadan. Awal-awal dah pekena shawarma kebab dan roti, ramai yang kurang semangat untuk makan kerana kepenatan dalam flight dan kalau ikutkan waktu Malaysia dah awal pagi tu. Setelah makan malam kami ke hotel untuk tidur. Aku yang jarang sekali ikut trip macam ni baru nak faham aturannya. Hotel hanya untuk tidur dan sarapan pagi, beg kena angkut sepanjang perjalanan kerana tidak akan kembali ke tempat yang sama.

Keesokannya paginya kami ke tengah bandar Milan iaitu di sekitar Piazza del Duomo, kebanyakan bandar di Eropah akan ada square sebagai pusat atau landmark bandar dan bagi Milan inilah tempatnya. Bersebelahannya terdapat Duomo di Milano iaitu sebuah cathedral gothic lama. Bersebelahannya juga ada Galleria Vittorio Emanuele II, sebuah tempat beli belah terbesar dan juga ada muzium seni di dalamnya. Puan isteri terus teruja dan sempat membeli beg galas jenama Longchamp di situ. Nah, baru sampai dah shopping. Selesai shopping dan cuci mata kami ke luar untuk bergambar dan mencari kopi. 

Jauh sikit berjalan baru dapat jumpa kedai kopi Caffรจ Napoli Giardino dan fuh berbaloi betul, hot chocolate dengan cream di atasnya memang ngam betul dengan cuaca yang sejuk. Setelah itu kami lunch dan meneruskan perjalanan ke Tasik Garda (Lago de Garda). Tasik ini merupakan tasik yang terbesar di Itali dan kami sampai ke satu kubu lama melalui satu semenanjung yang sempit. Semenanjung ini memanjang ke tengah tasik, jadi seolah seperti berada di sebuah pulau kecil. Tempatnya sangat menenangkan bagaimana pun agak menghairankan kerana kebanyakan kedai tidak buka. Mungkin kawasan ini menjadi tumpuan pada musim panas. Kami diberitahu di sini adalah tempat dengan nilai rumah paling tinggi di Italy dan antara yang paling tinggi di dunia.

Kami meneruskan perjalanan ke Venice dan bermalam di Hotel Mondial. Oh lupa nak bagitahu dalam trip ini ada 3 group, satu group 10 orang, ada group 5 orang dan ada group 2 orang. Kemudian ada tour leader orang Malaysia, seorang leader orang Macedonia dan driver. Kami yang berlima itu ialah aku, isteri, anak aku Eryna, kakak ipar dan suaminya. Mulanya tour leader offer untuk Eryna duduk sebilik dengannya supaya lebih selesa, dan untuk dua malam memang Eryna sebilik dengannya. Lepas tu Eryna sakit kaki dan mula stay dengan kami, berhimpit sedikit kadang tu tapi mana yang boleh adjust bilik triple leader akan cuba dapatkan. Alhamdulillah ada juga sesama group yang faham dan offer untuk tukar bilik jika ada yang dapat bilik dengan katil lebih. Untuk Hotel Mondial ni ada satu yang pelik bila masuk ke bilik, biliknya sedang dibaiki di bahagian almarinya. Bagaimana pun katil, bilik air semua bersih dan ok. Mulanya terfikir juga nak minta tukar bilik tetapi tak jadi sebab dan penat sangat dan taklah teruk sangat masalahnya tu. Mungkin dia tak sempat nak siapkan sebelum kami sampai.  

Keesokan paginya kami ke Venice, tempat yang paling top untuk pelancong yang datang ke Italy dan yang paling kena join ialah menelusuri Venice dengan gondola air (macam sampan). Naik gondola ni merupakan optional aktiviti, kalau nak naik kena bayar tambahan 50 Euro seorang. Mahal jugakan, tapi sebab first time dan ada yang pernah sampai tetapi tak dapat naik kerana banjir. Bila berpeluang, telan air liur dan bayar sahaja. Pengalaman yang menarik dapat menelusuri Venice dengan sampai yang dikayuh dengan pendayung. Yang bestnya sampannya cantik, dan pendayungnya orang putih. Baru dia tahu siapa tuan sekarang hahaha.

Selesai aktiviti dengan gondola air, kami bersiar-siar di Kota Venice, kami dibekalkan dengan pizza untuk makan tengah hari dan kami pun keluar dari Venice untuk meneruskan perjalanan.  

 

1. Lega bila dah tiba di Milan.

2. Pekena shawarma kebab dengan sedikit nasi. Yang tak habis dibungkus buat sarapan esoknya.

3. Pusat beli belah di Kota Milan, banyak brand kulit Italy di sini.

4. Shopping di Milan.

5. Puan Isteri sambar Longchamp di sini, release 2025 katanya.

6. Semua makanan breakfast, lunch dan dinner dah ditempah awal oleh TA, senang tak perlu fikir makanan.

7. Kota di Tasik Garda.

8. Menaiki bot ke Venice.

9. Menelusuri Venice dengan gondola air. Mulanya aku ingat gondola macam cable car tu kahkahkah.

10. Kota Venice yang dibina di atas lumpur, mereka gunakan cerucuk kayu untuk membina bangunan-bangunan.

11. Jika air naik, gondola tidak dapat dinaiki kerana ada banyak jambatan sebegini di antara bangunan.

12. Bot pertama untuk hari itu.

13. Shopping barang kulit pula.

14. Hujan.

15. Beli souvenir setelah kembali ke tanah besar.

 Sekian, dahulu nanti sambung lagi. Baru satu negara dari 9 negara semuanya.

9 ulasan:

  1. Alang-alang dah datang dari jauh, takpelah korbankan duit untuk merasa pengalaman naik gondola tu kan. Duit nanti boleh cari lagi ๐Ÿ˜€

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, nak merasa sekali sahaja satu pengalaman tu. Mungkin satu masa peluang itu dah tak akan ada sebab paras air laut semakin menaik.

      Padam
  2. Kadang- kadang perlukan sedikit pengorbanan i.e wang untk sebuah pengalaman yang bukan boleh dibeli kan? bukan setiap tahun nak ke sini ye tak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyalah, nak merasa juga apa yang menarik di negara orang. Apapun puas hati juga dapat melawat sebuah bandar yang cukup unik Venice.

      Padam
  3. Wow mengunjungi 9 negara dalam waktu 11 hari. Luar biasa.. Bukan hal yang mudah ya... Pasti lelahnya luar biasa, baru sampai, eh besok sudah pergi lagi ke beda negara... Tapi pengalaman yang luar biasa, nikmati selagi sehat dan rejeki selagi ada ya bang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam 9 negara itu 6 negara asalnya dari sebuah negara besar iaitu Yugoslavia tetapi berpecah setelah kejatuhan Komunis dan perang Balkan.

      Padam
  4. Kalau tak naik gondola macam tak sampai venice la kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kalau tak naik gondola macam tak boleh nak kata dan jelajahi Venice.

      Padam
  5. Aiiiih seruuuu nih jalan2nya ๐Ÿ‘๐Ÿ˜„. Memang kalo dah eropa, bagusnya beli produk2 brand sana Krn dah pasti lebih murah drpd di Malaysia atau tempat lain. Apalagi barangnya pasti lebih update.

    Ya laah, gondola wajib naik walau mahal. Jadi vibe venicenya dapat kan ๐Ÿ˜„

    BalasPadam