Khamis, Disember 08, 2005

Macam-macam: Rahsia lelaki zakar besar

SYDNEY: Satu kajian terbaru yang disifatkan tidak mengejutkan ramai wanita mendedahkan lelaki yang memiliki buah zakar besar sebenarnya mempunyai otak kecil.

Penyelidik yang diketuai Dr Scott Pitnick dari Universiti Syracuse di New York, mendapati wujudnya kaitan di antara saiz buah zakar dan otak selepas meneliti lebih 300 spesies kelawar.

Dalam banyak spesies, kelawar betina selalunya tidak mengawan dengan banyak pasangan dan membolehkan kelawar jantan memiliki buah zakar besar yang memberi kesan kepada saiz otak haiwan itu.

Kajian juga mendapati, kelawar jantan yang memiliki otak kecil dengan buah zakar besar mempunyai peluang lebih besar mendapat anak berbanding kelawar otak besar. ? Agensi

~sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan