Isnin, Disember 12, 2005

Taraf wanita tinggi punca lelaki lambat kahwin

Harian Metro Online (Malaysia):
Edisi Timur: Taraf wanita tinggi punca lelaki lambat kahwin
Oleh Alias Abdul Rani

KUALA TERENGGANU: Kedudukan wanita lebih tinggi dalam kerjaya antara faktor lelaki di negeri ini memilih untuk lewat berkahwin kerana takut tidak mampu memberikan kebahagian kepada pasangannya.

Malah, ada juga yang lebih mementingkan karier daripada mendirikan rumah tangga serta rela berseronok dengan rakan sebelum mengambil keputusan pada usia yang agak lewat.

Fenomena ini menyebabkan ada lelaki sanggup hidup membujang bagi mempertahankan kedudukan serta karier yang mungkin akan terjejas selepas mendirikan rumah tangga.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata faktor pendapatan tidak tetap serta gaji yang rendah mendorong segelintir lelaki kahwin lewat.

Menurut beliau, masalah pekerjaan di kalangan lelaki kerana hari ini lebih ramai wanita berjaya dalam pendidikan berbanding lelaki serta makan gaji besar.

?Soal hantaran yang mahal tidak timbul kerana di negeri ini masih berada tahap yang memadai iaitu antara RM2,000 hingga RM5,000. Ini sudah membuktikan mereka mampu untuk mendirikan rumahtangga.

?Malah, ada juga lelaki yang memberi alasan tidak ada keyakinan dalam diri mereka untuk menanggung anak orang jika mereka berkahwin,? katanya ketika dihubungi, semalam.

Rosol berkata, kerajaan tidak boleh memaksa lelaki yang untuk kahwin cepat kerana ianya berkaitan dengan naluri manusia dalam membuat keputusan mereka.

?Kita perlu melihat apakah faktor utama yang mendorong mereka membuat keputusan sedemikian adakah berhubung kait kerana terlalu memilih atau kewangan terhad.

?Setakat ini kerajaan negeri tidak ada perancangan untuk membantu pasangan yang menghadapi masalah kewangan tetapi kita akan melihat masalah itu dari semasa ke semasa untuk menilai dan mencari penyelesaiannya,? katanya.

Menurut Rosol lagi, ada juga ibu bapa terlalu memilih dalam mencari jodoh tetapi hakikat ini hanya jumlah yang kecil berlaku di negeri ini.

Menurut beliau, tidak salah seseorang ibu bapa membuat keputusan tetapi biar bergantung kepada keadaan tanpa mengira kedudukan.

?Soal memilih sebenarnya lebih kepada lelaki yang baik dan tidak terjebak dengan kegiatan kurang sihat termasuk penyalahgunaan dadah yang boleh menghancurkan rumahtangga kelak,? katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan