Sabtu, September 19, 2009

Celcom tawar kemudahan kemaskini Facebook melalui SMS

Celcom tawar kemudahan kemaskini status Facebook melalui SMS


KUALA LUMPUR, 16 Sept. - Celcom (Malaysia) Bhd. (Celcom) menjadi syarikat telekomunikasi pertama di negara ini memperkenalkan kemudahan mengemaskini maklumat di Facebook melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Naib Presiden Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, dengan hanya bayaran RM1 seminggu, pelanggan Celcom boleh mendapatkan kemudahan itu.

"Ramai pengguna Facebook sentiasa ingin mengemaskinikan maklumatnya tetapi tidak dapat melakukannya kerana berada di luar dan tidak mempunyai akses Internet."



"Bagaimanapun, kini mereka boleh mengemaskini status, menghantar nota, menghantar pesanan dan sebagainya dengan telefon bimbit mereka," katanya pada majlis sidang akhbar mengenai perkhidmatan tersebut di Kuala Lumpur, hari ini.

Katanya, tujuan Celcom memberi penekanan kepada aplikasi Facebook memandangkan ia sangat popular di negara ini terutama di kalangan generasi muda.

"Rakyat Malaysia merupakan antara negara di dunia yang paling banyak menggunakan Facebook," tambahnya.

Zalman berkata, perkhidmatan ini di masa depan akan dipertingkatkan kepada perkhidmatan memasukkan gambar dan video ke dalam Facebook melalui sistem pesanan multimedia (MMS) pula.

Mengikut perancangan, pada fasa ketiga, pelanggan boleh memasukkan suara dan video dengan hanya membuat panggilan video atau panggilan suara.

"Ini akan menjadikan perkhidmatan memasukkan maklumat sama ada teks, gambar, suara dan video ke Facebook menjadi sangat mudah," katanya.

Untuk melanggan perkhidmatan ini, pelanggan yang telah mempunyai akaun Facebook hanya perlu menaip "F" dan menghantarnya ke 32665 dan mereka akan menerima kod pengesahan.

Kemudian, mereka perlu memasuki laman web facebook dan klik pada bahagian 'SETTING' dan kemudiannya memilih 'MOBILE' dan masukkan kod pengesahan itu.

Maklumat lanjut lawati laman web www.channelx.com.my



RM 1 seminggu untuk perkhidmatan ni berbaloi ke? Lebih baik guna Twitter. 1 sen untuk sekali update, boleh sampai ke Facebook jugak.

1 ulasan:

  1. tapi kalau tak salah, celcom takde utk twitter. (T__T)

    BalasPadam