Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ust Dr Mohamad Marzuki Abdul Rahim | 5 April 2018 | 19 Rejab 1439
Apa yang disuruh oleh Allah, sentiasa memberi manafaat kepada manusia. Meninggalkan apa yang Allah larang itu pasti bermanafaat.
Juz Amma. Surah Makkiah diturunkan sebelum hijrah selama 13 tahun.
Di dalam syurga terdapat pokok2 buah. Bila ahli syurga ingin memetik buahnya, pokok itu akan tundukkan dahan supaya dapat dicapai.
Surah An-Naba surah 78 dengan 40 ayat. Diturunkan sebelum hijrah di Mekah. Berleluasa penzinaan ketika itu lalu kerana takut malu mereka bunuh anak perempuan.
Semua surah dalam juz 30 adalah surah Makkiah kecuali An-Nasr dan Al-Bayyinah. Luh mahfuz adalah tempat takdir manusia ditentukan. Juga tempat pertama Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadr.
Amma dan perkataan An ma. Maknanya tentang apa. Tentang apa mereka sering bertanya? Kerana hanya untuk mengejek Nabi ﷺ.
Tentang berita yang besar. Tentang khabar adanya hari pembalasan. Adanya hari manusia dibangkitkan setelah mati.
Mereka ragu2 dan berselisih dengan berita besar ini. Mereka tidak mahu berenggang dengan hawa nafsu.
Jangan sesekali begitu. Mereka akan mengetahuinya. Sekali lagi jangan, mereka akan mengetahuinya.
Apabila kamu semua dibangkitkan kelak. Tamat kuliah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan