22 Februari 2020
Hujung minggu baru ni ada jemputan kenduri sepupu Farrah Azween di KL, jadi sekularga bertolak ke KL pada hari Sabtu dan balik semula ke Penang pada hari Ahad. Tak boleh nak ambil cuti lebih sebab Eryna sekolah. Lagi pun macam rugi pula ambil cuti awal-awal tahun ni. Baru kerja tempat baru pula lagi.
Majlis akad berlangsung pada petang 22 Februari 2020. Tarikh cantik ni berebut orang nak pilih untuk kahwin sampai juru nikah pun tak menang tangan. Mungkin Masjis Agama Islam kena tambah bilangan juru nikah ni. Perkahwinan ini sepatutnya dimudahkan, bukan disusahkan.
|
Pengantin masuk ke balai akad nikah |
Majlis akad nikah selesai lebih kurang pukul 7 malam, selesai makan terus masuk ke bilik sebab sakit dada menyerang, penat pun ya, drive dari Penang makan 4-5 jam juga.
23 Februari 2020
|
Eryna mengenang kebaikan atuknya semasa hayatnya |
Pagi hari Ahad tu sempat bersarapan di Taman Ibukota, kedai ni selalu singgah dulu masa kerja di Jaring Communications. Kerja shift malam, bila balik pagi tu akan singgah beli sarapan kat kedai ni sebelum tidur di sebelah paginya. Selesai sarapan, teringat nak
singgah pusara abah (رحمه الله).
|
Tumpang bergambar di pelaminan |
|
Bergambar bersama pengantin yang diraikan |
Kami tiba dimajlis jam 1 lebih, grand betul majlis yang diadakan. Dewan sangat besar dengan ribuan tetamu yang hadir. Tahniah diucapkan, semoga berbahagia sampai ke hari tua. Dalam pukul 2.30PM kami beransur balik dahulu kerana perjalanan jauh lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan