Assalamualaikum, sambung lagi siri blog post berkenaan trip ke New Zealand pada awal September 2022. Post ini adalah bersambung dari Part 3. Susah juga nak memblog guna blogger ni terutamanya bila nak masukkan gambar dari iPhone. Google tak sediakan official app untuk iOS. Mungkin mereka tak fokuskan service Blogger ni berbanding service2 mereka yang lain.
Setelah bermalam di Richmond, pagi itu kami ke Kaiteriteri Beach dalam Taman Negara Abel Tasman. Dari awal perancangannya memang bercadang nak lakukan aktiviti di Abel Tasman National Park ni bagaimanapun tak banyak aktiviti yang sesuai dengan cuaca yang masih winter walaupun dah masuk spring. Malam sebelum tu sibuklah mencari cruise yang boleh bawa ronda Abel Tasman National Park. Kos untuk cruise ni agak tinggi walau bagaimanapun rasa macam agak kosong trip ni kalau tak rasai naik cruise. Sebelum ini pernak menaiki cruise di Milford Sound sewaktu winter dan rasa sangat berbaloi.
Kaiteriteri merupakan pintu masuk ke Taman Negara Abel Tasman. |
Awal-awal dah disajikan dengan permandangan pantai yang cantik dan bersih |
Peluk sikit sebab sejuk pagi2 ni |
Menunggu bot sampai |
Ada sign board Split Apple Rock, kami sampai ke sini dengan cruise, boleh juga tracking bagaimanapun katanya banyak track yang rosak akibat ribut yang berlaku |
Siap bawa belakan apa yang patut maklumlah susah nak mencari makanan yang halal |
Menikmati keindahan alam yang sungguh mempersonakan |
Cari internet tak dapat2 |
Inilah dia Apple Split Rock. Nampak seperti buah Apple yang dibelah |
Terdapat juga pulau2 di sekitar |
Satu formasi akibat pergerakan bumi dan hempasan ombak. Dikatakan jika berkayak dan air sedang pasang kita boleh melalui lubang yang terbentuk itu |
Penampakan seal atau anjing laut sedang berjemur |
Pelbagai formasi batu akibat pelbagai fenomena selama beribu2 tahun |
Seiko Diver Monster Vampire menemani sepanjang trip ini |
Pemandangan Kaiteriteri Beach dari arah laut |
Balik dari Abel Tasman kami singgah di satu persinggahan di Motueka |
Bergambar di tepi sungai yang kurang airnya ketika ini |
Sesampai di Motel dah nak masuk Asar, ingat nak berjemaah di sebuah Masjid di Nelson tapi malangnya tidah buka dan tiada jemaah |
Mungkin masjid ini berfungsi di waktu2 tertentu sahaja atau mungkin hanya ketika Solat Jumaat kerana ada hall di sebelah tengah bangunan ini. |
Bersambung lagi ke Part 5...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan