|
Jinhao 82 Mini
|
Assalamualaikum kepada semua. Bersua lagi dalam postingan kali ini. Seperti biasa saya cuba kekalkan momentum postingan pada blog ini supaya sekurang-kurangnya ada pos baharu pada setiap minggu. Kadang-kadang saya suka untuk melontarkan cerita dalam bentuk penulisan secara spontan. Tak banyak fikir, cuma tulis ikut apa yang terlintas di fikiran. Saya rasa cara ini akan membantu kita untuk melihat suatu perkara dengan lebih mendalam.
Posting kali ini adalah berkisar satu batang fountain pen atau dalam Bahasa Melayunya disebut pen dakwat basah yang baru sahaja sampai ke telapak tangan. Sedang berbaring-baring di ruang tamu setelah penat bekerja tiba2 terperasan ada parcel telah sampai. Ia sampai lebih awal dari jangkaan kerana item ini berasal dari China. Model ini ialah Jinhao 82 Mini. Jika anda seorang peminat fountain pen pastinya kenal jenama ini kerana ia seperti satu hempasan atau tamparan kepada pelbagai jenama fountain pen yang terkemuka kerana harganya yang jauh lebih murah. Jika anda belum pernah memiliki sebatang fountain pen mungkin boleh mempertimbangkan untuk membeli sebatang.
Selain keunikannya, menggunakan fountain pen memberi satu karekter istemewa kepada penggunanya. Nanti anda akan meneroka pelbagai ilmu baharu dengannya. Model yang baru dibeli ini menjadi pilihan kerana keunikan model mini yang lebih pendek dari saiz biasa. Sangat comel untuk dibawa ke mana2 dan warnanya juga cantik. Di rumah ini tiada dakwat untuk pen ini jadi tak dapat nak cuba menulis lagi dengan pen ini. InsyaAllah nanti ada buat satu posting lain untuk review cara menulis dengannya.
Setakat ini dahulu untuk kali ini. Boleh klik read more untuk melihat lebih banyak gambar. Sekian, terima kasih.
|
Kotak bertulis Business Gift Pen
|
|
Kotak bersaiz standard berbanding pennya bersaiz mini
|
|
Warna Peacock Blue menjadi pilihan
|
|
Kecil sahaja di telapak tangan
|
|
Dalam posisi posting
|
|
Nib jenis hooded yang unik
|
|
Acrylic body, harap jenis yang tahan sedikit
|
|
Cap jenis putar untuk membukanya
|
|
Keseluruhan pakej, didatangi dengan converter untuk menyimpan ink
|
Sekian, terima kasih.
Wah, sanggup order fountain pen dari China. Mesti ada keistimewaan pen ni ye.
BalasPadamIni apakah model pen yg tinta di celup dalam wadah bukan? Dulu saya punya model pen tinta celup ,tapi sekarang sudah jarang melihat
BalasPadamIa benar, agak leceh juga nak menguruskan pen sebegini mungkin sebab itu orang kurang berminat untuk menggunakan pen sebegini.
PadamOhhh jadi ink nya harus kita isi terpisah ya bang ? Dulu pernah punya fountain pen macam nih, tapi brand yg udah punya nama itu 🤭. Dapat pun karena hadiah. Tapi saya pakai utk sign saja 😄. Signature jadi lebih cantik kalau pakai fountain pen 😂
BalasPadamRasa lebih kelas gitu menulis menggunakannya. Terkadang inknya ada baunya tersendiri. Pelbagai jenis warna ada dipasaran. Sekali sekala perlu diservice pen sebegini supaya inknya lancar.
PadamSudah sangat jarang menggunakan pen sekarang waima masabekerja....mungkin faktor digital kot...suatu ketika dahulu pernah guna pen dahwat yang refill begini
BalasPadamSekali sekala suka mencatat menggunakan en dan kertas terutamanya bila nak cepat dan perlu nak rujuk semua..
PadamOrang yang pakai fountain pen ni selalunya duduk dalam kelas yang tersendiri...
BalasPadamTengok jenis juga, saya pakai yang biasa2 sahaja. Cuma kena ada dalam kelas yang rajin nak mengisi semula ink dan cuci pen sekali sekala.
PadamDi daerah saya, orang lebih familier dengan sebutan pena. Apapun namanya bendanya satu ya. Alat untuk menulis.
BalasPadamSama sahaja Mbak Nur, di sini kalau bahasa lama biasa gunakan pena. Semakin moden semakin ditinggalkan dan ramai orang gunakan pen sahaja sama seperti Inggeris.
Padamtag : https://belogsjm.blogspot.com/2023/09/segment-giveaway-gift-box-tudung.html
BalasPadamIni untuk apa ya? Tak faham saya.
PadamDah lamanya tak pegang pen
BalasPadamMesti banyak pegang cangkul Warisan Petanikan?
Padamwoh boleh jadi jutawan la kalau tukar duit rm ke duit sana yek.. bagus la panduan lenka ni. boleh refer nanti
BalasPadamNak komen pos lain terkomen kat pos lain gayanya ni. Haha.
Padampernah dgr jenama ni tp tak pernah guna lg...
BalasPadamso yg ni guna utk sign cek je ke?🤭😉
Pen daily carry ni. Guna untuk serba serbi. Tak biasa sign check huhu.
Padam