Isnin, Oktober 16, 2023

Ketahui Tahap Senaman Regangan Anda

Assalamualaikum dan selamat memulakan hari berkerja anda. Anda yang menetapkan Isnin adalah hari pertama dalam seminggu dan ada yang menetapkan hari Ahad adalah yang pertama dalam seminggu. Sebetulnya yang mana?

Sudah menjadi rutin pada pagi Isnin akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk menghantar puan isteri ke Penang Airport untuk dia ke Putrajaya. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan berPJJ. Jadi kalau ikut surat pelantikannya tinggal berbaki 23 bulan. Haha gigih mengira. Ada banyak perkara berlaku sepanjang berhujung minggu bersama dan aku tak nak ceritakan semuanya di sini pada setiap minggu, dibimbangi nanti bosan pula membacanya. Mostly ceritanya berkaitan makan dan shopping. Cuma hujung minggu baru ni yang berbaloi sedikit untuk dihighlightkan ialah berkenaan lawatan ke Honda sambil uji pandu Honda WR-V. Puan isteri macam berkenan dengan model ini untuk dia bawa berulang ke tempat kerja di Putrajaya. Ok ke model WR-V ni? 

Berbalik kepada cerita bangun jam 4.30 pagi tu selain aim untuk menghantar wife ke airport sambil2 tu sempatlan bersahur 2 keping roti bakar cicah madu beserta minuman kopi. Selesai menghantar sempat balik ke rumah sekejap sebelum ke tempat kerja. Macam biasa bila masuk sahaja tempat kerja aku akan settlekan apa yang patut (bukan buat2 sibuk ya). Bila dah selesai tu boleh baca2 artikel ke, news ke, blog ke huhu.

Pagi ni terbaca satu artikel dari The Guardian tentang macam mana nak tahu keperluan kita untuk melakukan senaman regangan. Ramai orang yang bersenam fokus kepada kardio dan terlepas pandang kepentingan senaman regangan atau stretching. Cara nak buat dia mula2 kena bawa ke dua2 tangan ke belakang badan, satu ikut atas bahu dan satu ikut bawah. Kena cuba capai sekurang2nya dapat sentuh jari tengah tangan yang lagi satu. Kalau dah cuba tangan kanan di atas, sekarang cuba tangan kiri di atas pula. Bagi orang yang berjaya touch atau lebih baik lagi dapat sangkut sikit jari2 tu kadang2 antara dua2 tangan tak sama tahap boleh capai tu. Kat sini dapat kita ketahui keperluan kita untuk melakukan senaman regangan. Bagi yang tak capai kena banyakkan buat senaman regangan lagi dan jadikan amalan.

Ha, hangpa dapat capai ke tidak? Jangan lupa feedback kat komen. Sekian, terima kasih.


23 ulasan:

  1. errr MZ memang jenis tak de buat exercise yg proper so tak dpt lah nak capainya hahahahah zmn2 umur 30s, ada jer MZ join kelas aerobic...dh masuk umur 40s ni errr kurang komited plak...cuma ada ler sesekali pergi jogging or brisk walk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah join kelas pun, lepas2 solat pun boleh buat stretching sikit2. 40s ke atas kena mula kuatkan otot2 kaki, penting tu untuk masa depan.

      Padam
  2. err yang ni LM boleh capai jari je.tapi kalau melunjur nak pegang jari kaki memang dari sek rendah tak sampai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau boleh capai tu kira ok. Untuk capai hujung jari kaki tu kena cuba selalu. Once dah dapat, cuba tambah masa pula. Waktu rukuk dalam solat cuba seboleh2nya dapatkan 90 darjah, mata pandang tempat sujud.

      Padam
  3. Memang cantik Honda WRV. Tapi saya tak pernah naik. Tengok dari luar je.
    Saya boleh capai regangan tangan tu, dua-dua belah boleh.

    BalasPadam
  4. Pereganganeini cocoknya untuk anak muda kalau sudah berumur seperti saya tak kuat lagi. He he .... OH ya, Terima kasih ilmu yang telah dibagikan., ya Faizal. Akhirnya saya bisa memunculkan komentar yang terselip,

    BalasPadam
  5. Bisaaaa bertaut kalau saya πŸ˜„πŸ˜„. Dulu saya rutin yoga soalnya bang, sebelum akhirnya jatuh cinta dengan gym 🀭. Tapi yoga sesekali masih saya lakukan, Krn memang bagus utk stretching. Biar badan tak kaku. Tak usah lama lakukan beberapa gerakan stretching. Yg penting rutin sana. Apalagi usia saya dah 40+. Memang hrs rutin lakukan exercise untuk menambah otot, tapi juga stretching buat mobility . Biar tak cedera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus2, yang penting jangan ditinggal terus.

      Padam
  6. huhu, wak pon dh lama x senam ., dh tegang semua urat2 nih

    BalasPadam
  7. sy briskwalk tu. tu pun 6k langkah je... hehehe yang penting dpt tidur lena... kejap.lg sy test buat. dpt capai ke x. sbb laa ni dlm trenπŸ˜€

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya average setiap hari 6k langkah sahaja. Tak dapat nak 10k dan tak rasa perlu sampai 10k pun. Ramai yang kejar 10k tapi tak dapat nak buat berterusan.

      Padam
    2. Ha kena buat di tempat yang sesuai. Dalam tren nanti pelik pula orang tengok.

      Padam
  8. kalau sebelah kanan dapat buat tetapi bila sebelah kira tak dapat pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dua2 boleh cuma tak sama mudah antara keduanya. Kena bagi balance tu, banyakkan buat stretching tangan dan bahu.

      Padam
  9. wah..menarik ni..good sharing.. tq

    BalasPadam
  10. Aiyooo kita kantoi la... Lama dah tak bersenam..

    BalasPadam
  11. Belah kanan ja boleh, kiri tak sampai πŸ˜…

    BalasPadam