Rabu, Oktober 18, 2023

Mencuba Jinhao 82 Mini Fountain Pen πŸ–‹️

Baru lepas isi dakwat.

Assalamualaikum semua, pagi ni masa sampai ke pejabat tengok orang ramai2 berkumpul di tempat menunggu kenderaan. Rupa2 mereka nak pergi berkursus di Langkawi. Seronoklah tu berkursus di luar dari tempat kerja kita. Sambil2 kursus dapat release kekusutan di tempat kerja. Sebenarnya boss ada tanya sebelum ni sama ada nak join atau tidak tapi aku menolaknya kerana nak menguruskan anak sekolah. Kehidupan PJJ kena pertimbangkan hal ini. 

Dalam 6 posting terdahulu aku ada poskan berkenaan fountain pen Jinhao 82 Mini ni. Hari ni baru dapat nak update pasal pen ini. Bukan apa dah sebut dalam postingan itu untuk review fountain pen ini. So hari ni nak review sedikit. Sebelum ini aku menggunakan Lamy Safari fountain pen juga dengan broad nib. Mulanya berkira2 juga masa nak membeli tu tapi disebabkan hati dah kata nak cuba yang lain makanya terbelilah juga. Satu sebabnya Lamy tu nib dia tebal, bila menulis banyak2 dia akan penat sikit dan jadi kurang kemas. Untuk Jinhao ni aku beli nib halus 0.38 mm. 

Dari aspek memegangnya disebabkan pen ini jenis mini maka ia pendek dari saiz pen biasa, untuk selesa menulis kena letakkan penutupnya di belakang pen sewaktu menulis. Jika untuk yang simple2 seperti untuk sign satu dua perkara tidak mengapa tidak di sambung cuma dia akan ngam2 untuk dipegang sahaja.

Dibandangkan dengan Lamy broad nib, Jinhao 0.38 mm nib ni lebih lancar menulis, dah hampir 3 minggu ink flow masih elok dan tak rasa perlu diservice lagi. Pen ini lebih ringan dan untuk menulis yang panjang2 sangat lancar dan tangan kurang untuk cepat penat. 

Dari segi tulisan pula ia lebih kemas berbanding broad nib. Bila menulis tu rasa nak menulis banyak lagi perkataaan, rasa nak tambah2 pula. Aku menggunakan ink hitam dari Lamy. Mungkin lepas habis ink nanti boleh cuba ink blue black dari Parker pula. Aku hanya ada dua botol ink ini sahaja buat masa ini. Teringin juga nak cuba ink dari Diamine yang lebih banyak pilihan warnanya. 

Enjoy gambar2 di bawah.


Saiz mini yang lebih pendek dari biasa.


Cubaan menulis.

Tulisan lebih kemas.

Biasanya aku tulis menegak, tapi dengan pen ni rasa condong sedikit pun cantik.

 Setakat ini dahulu, terima kasih.

15 ulasan:

  1. Wah.. Tulisannya mmg dah cantik.. Tambah kena plak ngan pen nya...

    PJJ nie mmg susah skit nk bergerak, sebab byk uruskan anak... Semoga dipermudahkan segala urusan... Pernah PJJ jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, banyak benda nak kena fikir bila PJJ ni.

      Padam
  2. Pakai pen ini memang tulisan kita jadi lebih indah, dan menariknya untuk isi ink ada warna lainnya juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya betul tu, semangat sedikit untuk membuat catatan setiap hari.

      Padam
  3. boleh laa lepas ni buat part time hand lettering... 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kena pakai nib lain pula, kena practice banyak tu.

      Padam
    2. practice makes perfectπŸ’ͺ

      Padam
  4. lejen la jika masih menulis menggunakkan kertas dan pen dalam zaman ini....memang saya tabik habis tu

    BalasPadam
  5. pulpen mahal, saya belum pernah sih, biasanya saya nulis pakai pulpen harga 2.000 rupiah hehe

    BalasPadam
  6. nice! i guna pen dakwat yg biasa tu jer (yg jenis ink cair jugak) esp utk sign mcm2 dokumen

    BalasPadam
  7. Melihat tulisan ini, saya jadi sadar, dah lamaaaa tak menulis pakai pen atau pensil 🀣🀣. Semua serba ketik. Rindu jugalah menulis manual macam tuh lagi πŸ˜„

    Memang, kelancaran tulisan itu tergantung juga dari bentuk nib nya, dan lancar tidaknya tinta yang dipakai πŸ‘

    BalasPadam
  8. Tak reti nk guna pen ni huhuu.. Arwah dulu suka guna pen mcm ni..

    BalasPadam