Suasana Hening Di Waktu Malam |
Assalamualaikum kepada semua para pembaca. Baru tadi ni aku scroll2lah gambar2 kat phone. Entah macam mana terjumpa gambar di atas ni. Date gambar ni 1 November 2006 iaitu secara bertepatannya dengan tarikh hari ini 17 tahun dahulu. Macam mana gambar ini boleh ada dalam galeri phone pun aku tak tau. Phone ini baru aku guna semenjak 2019.
Aku tenung2 gambar ini rasa familiar sangat, ini tempat aku bekerja 17 tahun dulu di Jaring Communications di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Ketika itu aku memang bekerja kebanyakannya shif malam. Kapada yang tidak tahu tentang Jaring, ia merupakan satu syarikat pembekal perkhidmatan internet suatu masa dahulu. Syarikat ini telah berkubur dan tiada lagi hari ini.Secara tidak langsung aku terus meremang bulu roma bila terkenangkan pelbagai peristiwa ketika itu. Ada ketikanya aku bekerja seorang diri di bermula jam 11 malam sehingga 7 pagi. Antara peristiwa yang paling menyeramkan pada ketika itu ialah dalam banyak2 workstation kosong yang tiada orang bekerja pada shif malam itu ada sesuatu sedang menaip keyboard. Keyboard pada ketika itu bunyi agak kuat berbanding keyboard sekarang yang flat dan tiada berbunyi.
Bila berseorangan aku hanya mampu untuk memberanikan diri melihat ke arah bunyi itu datang namun memang tiada siapa pun di situ. Dalam hati baca ayat Kursi supaya yang mengganggu itu pergi segera. Itulah antara kenangan bekerja di Jaring di waktu malam bila berseorangan. Ada beberapa kali juga peristiwa menyeramkan ini berlaku. Ada juga bunyi mesin fotostat, kelibat2 bayangan dan sesuatu di luar cermin seperti memerhati.
Itulah sahaja buat masa ini. Lain kali berkongsi lagi.
Seram
BalasPadamSungguh menyeramkan.
PadamSeram
BalasPadammemang seram laaa kira u sgt berani la tu keje mlm2 sorang2!! anyway 2006 i dh join UIA pun, sbb i keje kat UOB 2001-2004 (my 1st job)
BalasPadamUIA pun banyak cerita menyeramkan tu.
PadamKalau saya sendiri barangkali jatuh pingsan
BalasPadamJangan pingsan dulu kerana tiada siapa yang akan membantu.
PadamBiasanya berani jer...
BalasPadamBuat2 berani.
Padamsaya membacanya pun terasa seram
BalasPadamBolehlah tulis kisah seram lagi kan?
PadamAissshhh lama sangat fotonya. Atau mungkin itu di capture dari hp Abang sebelumnya, lalu tersimpan di google photos ..
BalasPadam2006 saya masih kuliah di Penang, tahun terakhir 😅.
Seram memang kalo sendirian Kat office. Dulu saat masih kerja, saya paling malam hanya berani jam 10 malam, itupun minta security temankan 🤣🤣
Mungkinlah pernah disimpan di cloud dari mana2 komputer lama. Kalau terlalu seram kita tidur sahaja.
Padamkalau tak nampak lagi bertambah seram sebenarnya huhu
BalasPadamIsk kalau nampak lagi serammmm 😂
PadamKalau nampak, balik teruslah jawabnya.
Padammujurlah sy cuma menjadi guru sek menengah. cuma kdg kala tu kena juga dtg ke sek pd waktu mlm utk mengajar kelas tambahan...
BalasPadamAda satu cerita seram dalam kelas masa kelas tambahan. Cikgu kira murid ada lebih seorang. Dia hanya tunduk sahaja tak bergerak2. Cikgu sampai habis kelas tak berani nak tanya soalan sebab takut lebihan makhluk tu yang menjawab.
PadamOh, pernah kerja di Jaring, rupanya. Teringat dulu bunyi dial-up modem, nak connect. Hehe..
BalasPadamEh, saya pun pernah kerja di Technology Park, dulu. Dengan Tricubes. Situ memang, kena balik kerja on time, kalau perempuan le. Takut!
Ya, masa tu masih ada lagi servis dial-up 1511. Kalau TMNet 1515. Pernah dengar tu Tricubes, device untuk bio-matrix authentication kalau tak silap.
PadamAssalamualaikum.. terima kasih sudi singgah :)
BalasPadamJangan segan untuk bertandang lagi.
Padamwahh, ni bro IT otai nih., internet Jaring mmg legend., hahaha
BalasPadamBiasa2 sahaja. Kuli makan gaji sahaja.
PadamBaca kisah ni teringat juga situasi hampir sama saya dan kawan alami. Serammm...sejak tu memang tak pernah nak balik lambat dah.
BalasPadamYa, dia suruh balik awal kiranya tu.
PadamSaya tak pernah kena ganggu di office sebab selalu balik on time, kalau kerja tak sempat siap..saya rela masuk weekend untuk siapkan kerja instead of stay back waktu malam. Nampak kan gaya penakut kat situ..huhu
BalasPadammungkin dia setiap hari shift malam...hehe..tetiba ada pulak peneman......
BalasPadamDia sentiasa ada, cuma kita sahaja yang tidak nampak.
PadamPihak syarikat hire makhluk lain keje kot di shift malam hahahaha.. Seram juga kalau kene ganggu mcm tu.. Haish..
BalasPadamNi mesti company ada hire mhkluk lain ni hahaha... Kalu di ofis mmg itu lah yg mkhluk ni main keyboard.. Mesin potostat.. Lampu.. Tolak meja kerusi..
BalasPadam