Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin membuat catatan berkenaan Majlis Perpisahan Boss2 IT JKNPP. Majlis telah dibuat di JEN Hotel Penang yang letaknya berdekatan dengan KOMTAR pada 12 Disember lalu. Berita aktiviti kenaikan pangkat gred F44 ke F48 telah lama diperkatakan namun seperi tiada muncul2 hingga pada awal bulan ini barulah surat kenaikan pangkat diterima. Sebenarnya ada 3 orang pegawai yang naik pangkat tetapi yang seorang lagi tu baru sahaja dapat bertukar ke jabatan yang berdekatan dengan rumahnya, jadi beliau menolak kenaikan pangkat kerana penempatannya jauh ke Putrajaya.
Tahniah diucapkan kepada boss2 yang naik pangkat kali ini. En Fauzi yang sebelum ini bertugas di JKNPP bertukar naik pangkat ke PTG Pulau Pinang manakala En Safwan pula ke Kementerian Dalam Negeri. Majlis dihadiri staf2 IT JKNPP dan juga dari hospital2. Sedap juga menu2 di Jen Hotel Penang. Untuk lunch kadar yang kami perlu bayar ialah sebanyak RM60 seorang. Rasanya susah nak jumpa kadar sebegini bagi hotel2 di sekitar Penang ni. Tempat2 mereka ada yang telah diisi dan ada yang belum diisi. Setakat ini bagaimanapun masih terdapat kekosongan 2 jawatan F44 iaitu satu di JKNPP dan satu di Hospital Pulau Pinang.
Satu benda yang perlu dirisaukan bila kerja kerajaan ini kita akan bila2 sahaja akan ditukarkan ke jabatan lain walaupun bukan sebab kenaikan pangkat. Jadi masalah bagi yang berkeluarga dan yang tak boleh nak move semua sekali, maka banyaklah yang PJJ. Aku sendiri PJJ kerana isteri bertugas di Putrajaya bermula tahun ini. Semoga Allah beri ketabahan dan memudahkan kehidupan orang2 yang PJJ dalam mencari rezeki.
En Fauzi akan bertukar ke PTG Pulau Pinang |
En Safwan akan bertukar ke KDN |
Sekian dahulu untuk catatan kali ini.
Menarik, teruslah menulis. Salam dari Indonesia
BalasPadamTerima kasih.
PadamBertukar tempat tugas tu membawa kesegaran. Supaya tidak monoton.
BalasPadamSatu lagi perkataan saya belajar hari ni iaitu monoton. Mungkin dari perkataan monotonous.
PadamPJJ sgt mencabar dan tak mudah sebenarnya
BalasPadamBetul tu, kena banyak bertolak ansur pandai mengurus sesuatu.
Padamsyukurlah isteri sy dapat tukar ke Kelantan dari Putrajaya... x perlu PJJ buat masa ini..
BalasPadamSyukur, biasanya untuk dapat tukar ke negeri2 tu susah sangat terutamanya pos2 yang tidak banyak perjawatannya.
PadamMemang ya bang, kalo kerja dengan government terkadang harus ikut arahan kemanapun di tempatkan. Kalo bisa bersama, bagus juga, tapi kalo tak bisa, harus kuat2 mental menjalani PJJ atau LDR. Saya sejujurnya tak nak. Dan udah sepakat dengan suami, kalo dia dipindahkan lebih dari setahun, saya ikut. Dia pun tak suka PJJ soalnya.
BalasPadamUntungnya Suami kerja di CIMB , bukan pemerintahan . Tapi di CIMB pun ada pilihan kalo nak kerja di luar negara. Untungnya istri boleh saja ikut. Saya pun berharap suami bisa dpt chance utk kerja di branch luar negara dari CIMB 😄
Ya, seronok juga kadang2 beralih tempat kerja setelah bertahun2 di tempat yang sama. Dalam masa yang sama dapat menambah pengalaman hidup di tempat baharu. Cuma, kekangan biasanya kesukaran untuk mencari rumah yang sesuai dan kos yang meninggi. Tidak hairan ramai juga yang menolak kenaikan pangkat ke tempat2 yang mencabar.
PadamWah... nanti boleh buat post pasal cabaran orang yg PPJ ni....
BalasPadamInsyaAllah uncle. Biasanya saya akan masukkan sikit2 dalam catatan2 saya.
Padamdengan pekerjaan yang sesuai dan berniat dalam beribadah tentunya terasa nyaman dan penuh keikhlasan
BalasPadamItu antara motivasi tertinggi.
PadamItulah naik pangkat kena tukar tempat kdg2 tu jauh terpaksa kena PJJ dgn pasangan masing2. apa pun semoga kuat dan tabah dlm mencari rezeki amin
BalasPadamSentiasa mentabahkan diri huhu.
PadamPernah PJJ masa kerja dulu. Walaupun susah sebab berjauhan tapi tiap minggu selalu excited sebab dapat jumpa suami
BalasPadamitu namanya pengorbanan
BalasPadamsetiap kegembiraan (naik pangkat) didatangkan dgn pengorbanan.
mudah mudahan kita jadi lbh bersyukur
selamat bertugas di tempat baru...