Assalamualaikum, selamat bertemu lagi dalam catatan yang masih dalam siri catatan Umrah 2024. Catatan kali ini cuma nak kongsikan berkenaan amalan mewakafkan Al-Qur'an untuk pembaca Al-Qur'an di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sebelum kita nak mewakafkan Al-Quran kita kena tahu beberapa perkara kerana kita mungkin 'tertipu' atau 'sedikit tertipu' jika kita tidak faham mengenainya.
Pertamanya Al-Quran yang berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi adalah standard. Al-Quran yang digunakan adalah dari satu kilang Al-Quran di Madinah. Jadi untuk mewakafkan Al-Quran kena pastikan kita beli Al-Quran yang mereka terima. Al-Qur'an lain akan dikeluarkan dari masjid dan aku tidak tahu ke mana ia akan diletakkan.
Al-Quran di kedua2 masjid akan dicop sebagai wakaf, jika tidak dicop berkemungkinan juga akan dikeluarkan dari masjid. Jadi di mana nak dapatkan Al-Quran yang diterima ini? Kena dapatkan di kedai buku agama. Biasa nampak orang menjual Al-Quran yang mirip sama tetapi dijual di perkarangan masjid sebenarnya cetakan ini tidak diterima kerana bukan standard. Kalau untuk peribadi tiada masalah cuma untuk wakaf kena dapatkan naskah mushaf Madinah yang diterima.
Kita boleh semak pada helaian pertama selepas kulit luar, ada seperti kalimah2 tertentu bila dilihat pada cahaya. Ada 3 jenis Al-Quran paling biasa dalam masjid iaitu kulit hijau resam ustmani saiz kecil, kulit biru tulisan lama (biasa orang Pakistan/ India guna) saiz kecil dan kulit biru resam ustmani saiz besar. Paling biasa orang guna ialah yang warna hijau saiz kecil tu, jadi kalau nak wakaf bagus ambil saiz ini. Harga senaskah adalah dalam SAR40-SAR45.
Kepada yang nak beli untuk dibawa balik atau untuk hadiah aku sarankan belilah yang original Mushaf Madinah ini kerana kualiti cetakannya sangat baik dan kertas yang digunakan pun nipis dan bagus.
Ada kalimah2 tertentu bila dilihat pada cahaya. |
Saiz paling biasa orang gunakan di sana. |
Cantik bersusun Al-Quran dan semuanya adalah seragam. |
Sekian dahulu untuk perkongsian kali ini.
Ya betul kena tahu jenis yang diterima untuk wakaf.
BalasPadamthanks for sharing info...barakallah fiik
BalasPadamYou are welcome.
PadamKalo tak salah dulu saya ada dibawa ke toko yg menjual Alquran untuk wakaf ini. Jadi bisa beli dari mereka, dan nantinya akan diwakafkan.
BalasPadamSaya beli tapi untuk diri sendiri.
Jadi tahu kalo wakaf Alquran di sana tak bisa sembarangan juga. 👍
Betul tu beli di toko lebih yakin.
PadamBenar dengan ini kita jadi tau mana yang benar untuk wakaf atau bukan
BalasPadamAl-Quran yang standard menjadi ia lebih kemas dan diyakini...di Malaysia pelbagai rupa saya perhatikan
BalasPadamYa rupanya pelbagai, untuk kegunaan sendiri ok. Macam di Malaysia kena semak adakah ada pengesahan KDN. Yang mana tiada pengesahan KDN jika dilaporkan akan dirampas.
PadamTerima kasih untuk sharing ini...
BalasPadamSama2.
Padamterima kasih tuan, atas ilmunya..
BalasPadamSama2. Berkongsi dari pengalaman.
PadamMakasih infonya kakak, jadi tahu kalo mau mewakafkan Alquran di Madinah tidak bisa sembarangan.
BalasPadamIya benar sekali, berhati2 juga dengan orang yang bantu mewakafkan Al-Quran kerana ada juga yang tidak jujur.
PadamSA ada 2 kli mewakafkan al-quran beberapa tahun lepas...terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini...
BalasPadamInsyaAllah pahalanya berlanjutan selagi mana Al-Quran itu digunakan.
PadamAlhamdulillah dulu masa buat umrah pun ramai yg minta tlg dibelikan dan diwakafkan alquran di dua buah msjid agung ini..
BalasPadamIya, wakaf adalah suatu yang dianjurkan.
PadamYe, diorang memang pantau quran kat sana... untuk kebaikan juga
BalasPadamBetul uncle.
Padamada 2 versi kan yg hijau ni?
BalasPadamsy pernah jumpa ada yang cuma 15 juzuk je
saiz pun nipis sikit...
tak tahu laa kalau masih ada lagi ke tak sekarang...
Rasanya tiada yang 1/2 Quran tu sekarang ni.
Padamlagi 1 kan sy pernah jumpa quran ni dicetak beberapa kali
Padamcontoh: ada dua tiga kali jumpa surah yang sama berulang
bla check muka surat, mmg lain.
harapnya ada pihak yang boleh check al-quran sebelum sampai ke tangan orang lain
bimbang ada tangan2 ghaib ambil kesempatan utk menyelewengkan al-Quran.
nauzubillah...
kene tahu sop nya klo nk wakafkan
BalasPadam