Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni nak kongsikan sedikit perkara agak teknikal berkenaan Windows 11. Seminggu dua terpaksa sibukkan diri buat maintenance komputer-komputer di tempat kerja. Selalu terjumpa komputer dengan Windows 11 yang masalahnya slow. Slownya macam ada something yang tak kena. Jadi aku cari-cari bagaimana nak debloat Windows 11. Apa itu debloat? Microsoft Windows dari dahulu selalu menginstallkan software atau services yang tidak perlu. Nak cari dan buang satu-satu bukan perkara yang mudah.
Salah satu tools yang aku jumpa untuk Debloat Windows 11 ialah Win Debloat Tools. Tools ni boleh di download melalui link yang akan aku letakkan di bawah catatan ini. Selain dari debloatkan sistem kita ada juga tool-tool lain dari perisian ini yang aku masih belum cuba. Akan datang akan aku teroka lagi apa yang boleh di buat oleh aplikasi ini. Kepada yang menggunakan Windows 11 dan hendak mencuba bolehlah cuba untuk meringankan sedikit sistem komputer anda. Sekian dahulu catatan ringkas untuk kali ini. Link downloadnya ada di bawah.
Download: Win Debloat Tools
ya Allah..bab nie linda memang tak tahu lah...
BalasPadamAdoi, kalau guna komputer kena tahu jua sikit-sikit.
PadamSeandainya saya di sana, saya dah minta bantuan Abang utk cek juga 😄ðŸ¤. Bukan kenapa2, takut ada yg salah, malah makin eror pula nanti , ðŸ¤. Samalah macam kak Linda 😅
BalasPadamDari elok jadi rosak pula nanti ya.
PadamThanks for sharing tapi kan, dah jumpa pakar di sini kalau perlu kan. :)
BalasPadamTidaklah pakar mana tapi bolehlah sikit-sikit.
Padamhuhu.. pandai guna sahaja, yang selebihnye en hubby yg settle.. huhuhu
BalasPadamNasib baik ada yang pandai untuk membantu masalah-masalah komputer.
PadamTakut nk godek² sendiri..kena tanya pakar..
BalasPadamWindows ni senang sahaja, kena jaga jangan kena virus. Kalau problem pun boleh format semula.
PadamBaguih perkongsian ni, cheq memang tengah cari cara nak setel masalah pc slow ni selain cara defrag ja 😆
BalasPadamDefrag tu zaman pakai hdd dulu, kalau dah pakai ssd defrag tak perlu sangat.
Padamcuma mapu ambil tahu je laa
BalasPadamsy nak buat sendiri memang jahanam laa dibuatnya
hahaha
Bukan kepakaran saya dan saya serahkan kat hubby saya. Hehe
BalasPadam