Isnin, Ogos 26, 2024

Catatan Dari Tadabbur Surah Al-Fatihah Ayat 7

Photo by Philipp Deus on Unsplash
Assalamualaikum dan selamat malam, seperti yang ada aku beritahu sebelum ini. Aku sedang cuba nak melazimi tadabbur Al-Quran bermula dari awal hingga akhir. Sedih juga jika kita hanya baca Al-Quran tanpa mentadabburi maknanya dengan lebih mendalam. Aku menggunakan celiktafsir.net sebagai rujukan. Pada catatan ini aku kongsikan sebahagian catatan. Setiap bacaan aku akan buat catatan dan bacaan malam ini masih dalam surah Al-Fatihah ayat 7. Untuk satu ayat ini ada 4 huraian panjang, itu yang perlahan dan Al-Fatihah huraiannya memang panjang kerana ia intipati kepada Al-Quran, ada ayatnya adalah intipati kepada agama Islam.   

Ayat 7

صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ

  1. Allah menerangkan makna jalan yang lurus. Allah tidak menerangkan Jalan yang lurus ialahlah jalan Al-Quran dan sunnah kerana kelompok tertentu boleh sahaja menisbahkan kelompok mereka mengikut jalan Al-Quran dan sunnah sedangkan mereka mungkin mengikutnya mengikut pemahaman sendiri, sedangkan jalan lurus yang Allah maksudkan ialah adalah jalan orang terdahulu iaitu jalan atau pemahaman para salafussoleh (3 kurun pertama).
  2. Tafsiran jalan yang lurus ada pada surah Al-Nisa ayat 69; Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
  3. Golongan Al-Siddiqun: membenarkan kebenaran setelah mendengarnya. Mengikuti amalan yang betul dan meninggalkan amalan rekaan dalam agama.

Sekian dahulu.

3 ulasan:

  1. MEmang sebaiknya seperti ini. Terkadang sebagai muslim kita hanya membaca alquran tanpa menghayati maknanya lebih mendalam . Dengan menghayati dan paham makna, pasti lebih menebalkan keimanan kita sebagai muslim

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..semoga terus istiqomah. Terima kasih untuk perkongsian ilmu.

    BalasPadam