Sabtu, November 30, 2024

Kelebihan Terapi Panas Pada Tapak Kaki

Selipar di tengah panas.
Assalamualaikum dan selamat tengan hari. Jam sekarang ini menunjukkan pukul 1.47 tengah hari jadi kenalah dialu-alukan dengan selamat tengah hari, kalau jam 2.00 baru masuk petang. Kadang-kadang benda macam ni kita selalu akan keliru juga tetapi itulah yang telah ditetapkan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pagi tadi aku keluar dengan anak perempuan berdua ke Mydin membeli apa yang patut. Puan isteri kerja luar nun jauh ke UAE, hari Rabu baru dia akan balik membawa hasil belian di sana. Aku pun tak tahu apa yang menarik di sana, dapat kurma pun jadilah buat stok sampai bulan Ramadan. Lebih kurang tiga bulan sahaja lagi kita akan berjumpa dengan Ramadan (mudah-mudahan sampai). 

Sebenarnya baru balik dari surau tadi, sewaktu menyarung selipar nak balik tu panas dia bukan main lagi, Alhamdulillah setelah agak berterusan juga hujan sekejap-sekejap dan mendung di Pulau Pinang ni akhirnya panas juga sedikit. Terjengket-jengket juga kaki ini bila nak berjalan dengan selipar yang terjemur di bawah terik matahari. Sementara nak sampai rumah itu tertanya-tanyalah juga pasti ada kelebihannya memanaskan tapak kaki ini kerana dalam terapi kesihatan ada juga yang menggunakan terapi kepanasan.

Bila dicari-cari infonya, memang ada kelebihannya iaitu terapi panas pada tapak kaki ini bagus untuk orang yang ada  masalah sakit sendi dan sakit otot. Setakat ini sakit sendi taklah terasa cuma kadang-kadang bahagian tulang belakang yang bawah kadang-kadang sakit sedikit. Kadang-kadang ada juga sakit otot pada betis, tetapi tidaklah sekalu, biasanya jadi di waktu berbaring ketika mula untuk tidur. Rasa macam mencengkam sahaja otot tu. 

Nah jadi tadi dah dapat terapi percuma, pada nak cuba bolehlah jemur selipar anda dan pakai ketika masih panas. Mesti terjengket-jengket. Cubalah.  

10 ulasan:

  1. Ada juga yang sengaja untuk berjalan atas batu yang panas..kalau saya memanng tidak sanggup

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan terlalu panas takut menggelegak otak nanti. :P

      Padam
  2. kalau pijak laluan batu sungai / akupuntur yg ada kat taman2 tu waktu tgh hari... mmg syok terjongket2 dibuatnya ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha kadang tu macam tak sesuai pula yang batu tajam2 tu sebab ketajamannya macam nak seksa orang pun ada.

      Padam
  3. Uncle dapat bayangkan rasa sedap panas pada kaki tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala kena ransangan panas ni sedap. Sebab tu kadang kita suka nak minum air panas. Badan jadi segar. Kalau naik motor parking tengan panas kena hati-hati juga takut masak, haha.

      Padam
  4. Hahahaha terbayang panasnya 😄😄. Tapi katanya memang bagus. Cuma saya pun blm coba terapi panas yg sebenarnya.

    Di rumah saya ada lahan kecil dibuat sebagai terapi kaki , jadi ditanam batu2an kecil, lalu kita jalan di atasnya. Memang sakit2 geli 😂 kalo tak biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu kena hati-hati juga kadang dibuat untuk dengan memakai kasut, kadang dibuat tak perlu pakai kasut. Kalau kena yang tajam huh terseksa dibuatnya.

      Padam
  5. Kalau pijak marmar waktu panas memang panas kaki kan....kalau pijak batu tu saya suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu untuk yang selalu kena cramp kaki dan yang suka sakit-sakit sendi.

      Padam