Assalamualaikum dan selamat bagi. Selamat kembali dengan catatan baru lagi. Untuk minggu ini sebenarnya tiada apa sangat yang menarik selain dari mencuba Knorr Demi Glace Brown Sauce Mix. Sebenarnya ada lalu satu iklan di facebook berkenaan sauce ni, offer dia macam dia mencari kedai makan untuk mencuba produk baru ni dengan percuma. Aku yang tak ada kedai makan ini saja lah cuba nasib. Isi semua maklumat dan hantar. Kalau dapat boleh lah cuba dan kalau tak dapat pun tak lah rugi apa.
Sebelum tu, pada hari Ahad tu lepas check out dari Gurney Bay Hotel kami sempat singgah ke Nasi Kandar Jamal Mohamed. Nasi kandar ni antara yang tersohor juga bagi kawasan mainland. Ini juga tanda orang dah baik demam. Mulalah nak mencari nasi kandar. Aku ambil telur ikan yang digoreng dan bendi. Simple sahaja. Harga kalau tak silap dalam lapan ringgit. Murahlah tu untuk nasi kandar.
Berbalik kepada rempah brown souce tu berat dia 1kg dalam bentuk serbuk. Banyak kali boleh guna tu. Hari Sabtu tu aku pun belilah lamb 3 potong, beli kentang untuk buat mash potato dan ada juga beli wedges dan bunga kobis. Petang tu bermulalah operasi menyediakan makanan malam ala-ala western. Part bakar kambing tu puan isteri suruh akulah yang membakarnya. Habis berbau satu rumah. Lama juga membakarnya sebab aku suka yang betul-betul masak dan tak suka liat-liat. Kena dengan brown sauce tu memang ngam buat cicah2 cuma dia tak pedas, jadi tabur black papper kalau nak bagi pedas. Baru guna sikit sahaja tepung brown sauce, mungkin dalam 3 kali lagi boleh guna tu.
|
Nasi kandar lauk telur ikan goreng dan bendi di Nasi Kandar Jamal Mohamed.
|
|
Buah tangan dari Abu Dhabi, sedap betul halwa ni.
|
|
Permandangan mendung di waktu tengah hari Jumaat di Seberang Jaya.
|
|
Tepung brown sauce dari Knorr.
|
|
Suasana morning walk selepas Subuh di sekitar rumah.
|
|
Operasi membakar kambing.
|
|
Hasilnya, puas hati makan.
|
Setakat ini dahulu, sekian.
wahhh sedapnya kambing bakar
BalasPadamSekali sekala je makan kambing bakar ni.
Padamsenang yg jenis serbuk camni bancuh buat sos...mmg sedap la cicah kambing bakar tu
BalasPadamBetul, ingat nak repeat buat lagi ni.
Padammana lg sedap brown sauce premix atau yg buat sendiri from the scratch? hehehe... nk try mcm byk sangat pulak tu, tp x pernah lg la jumpa di supermarket
BalasPadamTak lama ada lah nanti tu.
PadamBab masak cenggini akan ku serahkan pada en. Hb, kita tukang amik gambar up dalam blog.. hehehe..
BalasPadamIya lah bakar2 ni serah kat lelaki, gelap sikit tak apa. Huhu.
PadamOh ada yg model serbuk juga ya bang. Saya selalunya lihat yg cair. Jadi tinggal dipanaskan. Bagus juga yg serbuk begini, biasa lebih tahan lama.
BalasPadamTeringin pula lamb chop lihat postingan ini 😄
Iya, boleh simpan lama jika tidak diguna. Ayuh cari lamb chop.
PadamWah! Ada bakat memasak rupanya!
BalasPadamBasic2 bolehlah huhu.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamtidakkkkkk
BalasPadamni yg teringin nak pegi penang lagiiiiii
aritu ada singgah mkn kat jamal mohamed
menyesal tak sudah amik nasi sikit je
sedapppppp sgt (bg tekak sy laa)
Ayuh repeat lagi ke Penang. Rugi tak minta nasi tambah ya, nak minta kemudian segan.
Padam