Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Minggu lepas terduga dengan demam yang sejuk sekali. Mungkin seiring dengan sejuknya cuaca pada minggu lepas, hujan turun dengan banyak sekali sampai banjir berlaku di sembilan buah negeri. Syukur banjir dan semakin pulih. Teruk juga situasi banjir pada tahu ini. Hari Isnin tu dah mula rasa semacam sahaja sejuknya badan ni, balik kerja aku terus cari tomyam untuk makan malam. Biasalah makan panadol lepas tu ok sekejap kemudian dia akan sejuk balik. Tidur malam pun tak berapa nak nyenyak.
Hari Selasa tu aku kena masuk mesyuarat di JKNPP ada isu berkaitan penggodaman laman web. Ada tindakan dan laporan yang perlu dibuat. Hari Rabu aku cuba bertahan lagi dengan makan panadol, sat ok sat tak ok balik. Biasa kalau demam sekarang ni susah nak baik, dengan selesema dan batuk lagi. Solat berjemaah kat surau pun tak dapat nak pergi. Tak selesa dan takut berjangkit dengan orang lain pula.
Akhirnya hari Khamis aku dah tak boleh tahan dah, lepas masuk kerja terus cari doktor. Doktor bagi mc dua hari sebab boleh tahan juga panas badan masa tu. Apa pun sempat juga aku join ada satu task untuk hand over bangunan baru. Kena semak plan sama ada ada atau tidak. Tak pernah-pernah buat kerja macam ni. Lepas settle tu, aku pun inform boss dan balik rumah untuk berehat. Memang agak tengah heavy juga demam hari Khamis tu. Apa pun malam tu kena juga keluar untuk ambil wife di airport. Sebelum ni dia ada outstation ke Emirates, jadi beg besar jugalah dibawa balik. Banyak hasil shopping dan buah tangan.
Jumaat pula menemankan isteri untuk check mata. Mata makin ok dari sebelum ini. Apa pun kena kawal diabetis dan stress. Balik dari klinik mata aku pergi hantar laptop pula, ada customer repair komputer dan dah siap. Alhamdulillah customer satisfy dengan penyelesaiannya. Malamnya pula kami ke Gurney Bay Hotel sebab menemankan isteri yang ada program di Marriot. Hari Sabtu baru badan rasa ok. Dapatlah berjemaah di masjid semula.
Bagusnya Gurney Bay Hotel ni di belakangnya ada Masjid Jami’ Al-Munawar di Jalan Kelawai. Jalan lebih kurang 300 meter dah boleh sampai. Feel-feel macam masa kat tanah haram, duduk hotel, turun naik lif untuk berjemaah di masjid. Di sebabkan tak ambil makan di hotel, tak jauh dari masjid ni ada gerai-gerai makan di Jalan Jones. Jalan kaki pun boleh sampai. Pagi ada gerai sarapan pagi dan malam ada goreng-gorengan. Oklah untuk rakyat marhaen.
|
Sarapan pagi di Nasi Kandar Utama. Pekena teh halia buat memanaskan sedikit badan.
|
|
Repair Windows dan upgrade RAM laptop Acer Aspire E5-476G.
|
|
Matawang 5 Dirham Emirate.
|
|
Buat insuran dengan staf Pos Malaysia ni, dah seminggu tak dapat-dapat lagi. Kena scam ke agaknya. Masih cuba nak hubungi.
|
|
Klinik Mata OasisEye.
|
|
Malam Sabtu tu konon nak pekena Sup Hameed ni sekali dah tutup.
|
|
Permandangan dari tingkat 16 Gurney Bay Hotel.
|
|
Cantik Masjid Al-Munawar ni.
|
|
Ada sesetengan masjid memang sengaja buat tempat sujudnya di lantai, bukan di karpet. Tidak tahu mengapa.
|
|
Permandangan kawasan yang di tambak di Gurney Drive.
|
Setakat ini sahaja. Doakan kesihatan kami, terima kasih.
Alhamdulillah, dalam demam2 pun masih kuat nak bekerja...semoga terus diberikan kesihatan dan kesembuhan buat tuan punya badan dan juga isteri,,,insya-Allah
BalasPadamKalau kurang sihat tapi masih boleh makan kira ok lagi. Kalau tak makan itu petanda yang lebih buruk. Boleh kawal demam dengan intervensi ubat, makanan dan pakaian.
Padammoga yg baik2 ajer utk kita semua. aamiin
BalasPadamTerima kasih. Amiin.
Padamsemoga cepat sembuh... ameeennn
BalasPadamAlhamdulillah dan ok dah. Boleh terus memblog.
PadamMoga cepat sembuh ya.
BalasPadamAamiin, terima kasih.
PadamMoga segera diberi kesembuhan. Kami sekeluarga pun bersambung-sambung tak sihat .
BalasPadamMusim Allah bagi ujiannya. Sedikit sebanyak kena ambil positif juga kerana sakit itu penghapus dosa.
PadamSemoga cepat pulih kembali Abang. Begitu juga dengan istri yaaa.
BalasPadamCuaca lagi tak bagus, karena tu imun tubuh nampaknya menurun.
Duuuh harap2 bukan scam yg ditawarkan staff pos Malaysia itu.
Rasanya banyak virus turun sekali hujan dan mungkin udara banyak pencemarannya. Apapun semuanya dari Allah. Nasib baik setelah berjumpa, cepat-cepat staf Pos Malaysia buatkan, yang hairannya kenapa tak angkat call atau balas mesejnya.
PadamMoga sudah sembuhnya. Take care ya.
BalasPadamTerima kasih, Alhamdulillah dan segar kembali.
PadamSemoga sehat selalu Mas dan istri.
BalasPadamCuaca sedang tak bagus, membuat kesehatan sering terganggu,
Apapun semoga sehat dan berkah selalu.
Salam,
Terima kasih mas, semuanya kembali sihat. Syukur kepada Allah.
Padam