Isnin, Januari 20, 2025

Persediaan Ke Italy dan Balkan

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Hari ni mula bercuti dua minggu. Esok awal pagi akan berangkat ke Milan, Italy seterusnya ke beberapa negara Balkan. Ini kali pertama ke kawasan ini. Rasa berdebar-debar juga. Seminggu dua ni duk menyiapkan persiapan untuk ke sana. Kali ini akan bermusafir bersama kakak ipar dan suaminya.

Harap semuanya ok lah, sebenarnya risau nak lepas imigresen sebab sebelum ni selalu ada masalah. Kena bawa surat dan sebagainya untuk keluar. Kali ini katanya tiada sekatan dah. Apa pun masih tetap berdebar-debar. Kami ke sana dengan travel agency jadi tak adalah perlu nak fikir untuk di sana. Lagi pun nak ke banyak tempat sini baiklah pakai travel agent sahaja. Malas nak peningkan kepala.

Petang ini akan bertolak ke Cyberjaya dari Penang.  


Buah kiwi ni bagus untuk vitamin c.

Seminggu dua ni sibuk betul ditempat kerja, banyak isu di sana-sini dan perlu selesaikan isu-isu itu sebelum bercuti.

Evoke, bangunan yang gelap di malam yang gelap.

Kadang suka bermanja Gumiko ni, pesen tidur kadang teruk betul.

Ziarah kematian ibu mertua boss di Junjong, Kedah.

Dah 6 tahun pakai iPhone XR ni, ingat hari tu nak upgrade dah tapi fikir balik ingat nak tunggu 17, sebab suka nombor 17 huhu.

Peak laptop technology dari segi sedap menaip pada akulah, tapi sayang market demand nak makin nipis, penyudahnya banyak fungsi laptop tergadai sekarang ni.

Bateri ok tapi laptop customer yang problem tak boleh masuk charge. Rugi sikit, nanti nak try jual balik. 

Boss ada bagi kasut but, semangat mengilatkannya. kasut tengah tu nak bawa ke Balkan. Oklahkan pakai untuk winter.

First time ke Burghub Tasek Gelugor, rasanya cawangan Perda lagi menarik.

Memenuhi jemputan kenduri kahwin kenalan satu taman, sekali bekerja dahulu di USM di Cinta Sayang Golf & Resort. 

Sarapan capati pagi tadi, lepas ni rindulah makanan Malaysia bila di luar negara.

Itu sahaja kali ini, ketemu lagi mungkin selepas balik dari Balkan bulan Februari nanti.  

21 ulasan:

  1. Memang berdebar tiap kali nak ke negara asing. Tapi kalau ikut travel agent kuranglah sikit rasa berdebar, lebih kepada rasa excited.

    Semoga permusafiran en.Faizal dan keluarga dipermudahkan Allah. Seronok dan puas berjalan selama dua minggu tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, dah selamat sampai ke Malaysia semula.

      Padam
  2. Wah nak travel jauh..selamat bercuti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, 7 jam sampai Oman, sambung lagi 7 jam sampai Milan.

      Padam
  3. semoga Allah permudahkan semuanya.. ameeennnn...

    BalasPadam
  4. Happy holiday! Allahumma yassir! nanti jgn lupa buat entry tau lps balik holiday nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, sudah ada catatan pertamanya.

      Padam
  5. Ditunggu semua cerita2 tentang Balkan nya Abang ,👍☺️. Betuuul tuh. Kalo banyak negara begini, saya pun prefer pakai travel. Biar tak susah nak pikir pindah2 negara kan 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah ada postingan pertamanya. Selamat kembali ke Penang. Kadang-kadang rasa tersiksa bila kena ikut TA sahaja, tiada kebebasan.

      Padam
  6. Assalamualaikum jemput singgah blog saya untuk memartabatkan tulisan jawi..

    https://hanyajawi.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. dulu2 sy risau kalau x lepas imigresen. laa ni sy risau duit tak cukup bila dah tiba kat sana hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah besar tu kalau tak cukup duit, kena ada backup plan.

      Padam