Selasa, Januari 07, 2025

Tahun Baru Bukan Untuk Diraikan Tetapi Untuk Diinsafi

Assalamualaikum dan selamat pagi. Lambat sedikit kemas kini catatan berkenaan tahun baru 2025, ramai rakan-rakan blogger lain dan mencatat pos berkenaan 2025 lebih awal. Hari ini pun dan 7 Januari. Bila menginjak ke tahun baru maka bertambahlah umur kita. Ada yang menginjak ke 30an, 40an, dan 50an. Ada ke pembaca yang di luar dari julat ini? Dari pertambahan umur ini mungkin kita boleh tanya beberapa perkara pada diri kita sendiri. Semakin berusia kita sepatutnya kita kenangkan banyaknya Allah beri kita peluang untuk menjadi seorang yang lebih dari sebelumnya. 

Bagaimana usia kita yang panjang ini kita gunakan untuk ketaatan kepada suruhan Allah? 

Adakah ketaatan yang kita telah buat ini berlandaskan ilmu, kajian atau kita hanya ikut-ikut orang sekitar sahaja?  

Dalam tahun 2024 mungkin ada di antara keluarga kita yang terdekat, saudara-mara atau rakan-rakan telah meninggal dunia. Ada yang perginya setelah bertahun-tahun sakit, ada yang perginya secara tiba-tiba. Bagaimana pula nasib mati kita nanti, tidak ada jaminan kita hidup sampai tua. Justeru insafilah pertambahan usia agak menjadikan kita ini lebih bersemangat dalam ketaatan, dalam mempelajari ilmu-ilmu agama. 

Sepanjang minggu awal tahun 2025 ini tiada apa sangat yang berlaku, puan isteri sambung cuti sampai 1 Januari jadi banyak aktiviti meneroka tempat makan baru. Antaranya Restoran Sawah Lebar di Permatang Pauh. Mulanya tertengok satu video tentang restoran ini, kemudian terasa ingin mencubanya. Restoran ini kelainannya ialah ia menyediakan pelbagai jenis ikan, telur ikan, kepala ikan untuk digulaikan cara masakan utara semenanjung. Kami ke restoran ini pada 1 Januari, ambil satu kepala ikan dan sepotong ini ikan. Cukup dan boleh ratah-ratah lagi bagi kami yang makan bertiga.


Makan tengah hari di Elly Mellie Cafe

Nasi salted egg crispy chicken. Panjang betul nama menunya.

Ada kawan ganti bateri yang dibelinya sendiri tetapi baterinya problem, minta ganti yang lain. Selesaikan masalah kawan ni.

Bila buat kerja repair-repair mesti Gumiko akan menyibuk nak tolong.

Ini dia gulai kepala ikan di Restoran Sawah Lebar.

Puas hati dengan rasa gulainya. Cili hijau tu sedap dibuat makan sekali.

Kedai ni tutup agak cepat juga, kami nak balik tengok parking dah hampir kosong.

Solat Maghrib di Masjid Al-Mustaghfirin setelah menghantar isteri ke airport.

Merasmkan baju batik baru kain koton, corak bunga api katanya.

Anak sakit tekak dan batuk-batuk, bawa makan bihun sup kegemaran dia di Ida Nasi Ayam Delight.
Sekian dahulu untuk catatan kali ini.

9 ulasan:

  1. selamat tahun baru 2025. moga yg baik2 ajer utk kita semua..kari kepala ikan tu nmpk sgt sedap

    BalasPadam
  2. selamat tahun baru. Semoga tahun ni lebih baiklah buat kita, semoga kita lebih istiqomah buat perkara2 yang diredhai Allah

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru, dan tampaknya menarik soal masalah baterai laptop itu.

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru.. sama-sama kita berdoa semoga semuanya baik-baik saja..

    BalasPadam
  5. Selamat menempuh 12 bab baharu utk 2025. Moga semuanya baik-baik dan lancar buat kita semua.

    Comel Si Gumiko! Dapat gaji ke tak tu… 😊

    BalasPadam
  6. alhamdulillah....selamat tahun baharu 2025. semoga tahun 2025 ini lebih ceria dan meriah hendaknya

    BalasPadam
  7. gumiko tolong buat apa tu? tolong kacau ya... alahaiiii majikan niiiii gerammmmm tgk!

    BalasPadam
  8. Selamat Tahun Baru. Moga tahun baru akan menjadi lebih membawa manfaat dan kebahagiaan yang tidak tolak bandingnnya

    BalasPadam
  9. Setuju bang. Semakin bertambah tahun, saya makin sadar juga usia makin berkurang. Tiap saat kita bisa saja dipanggil yg maha kuasa. Krn itu saya pun tak terlalu suka merayakan ulang tahun, Krn bagi saya itu bukan perayaan.

    Usia dah 40++, wajib lah makin dekat dengan Tuhan.

    Saya nak save lah tempat makan ini, memang menggoda betuuul kuliner ikan2 di sana yaaa 😍😍😍. Suami saya pasti sukaa ini

    BalasPadam