Catatan kali ini berkisar perkara yang berlaku pagi tadi. Sebenarnya hari semalam ada dapat call mengatakan ada printer problem di satu unit tu. Bila dia bagitahu error yang keluar aku dah tahu apa problemnya. Ada satu model ni memang selalu ada masalah ink leaking bila absorber full. Jadi kena hantar sahaja printer tu kat bilik IT dan aku dah minta diorang hantar. Pagi tadi tiba-tiba muncul in-charge yang menjaga unit tu minta tolong untuk ambilkan kerana katanya orang di tempat tu semuanya tak pandai nak cabut cable dan hantar, aku masa tu tengah cek-cek email dan aku pun ok sahajalah untuk bantu. Lepas tu aku bawalah balik printer tu ke Bilik IT, jauh juga jaraknya antara unit tu dengan Bilik IT aku kira mungkin dalam 100m atau kurang sedikit.
Sampai di Bilik IT bila nak letak printer tu baru perasan ink tumpah keluar, cek-cek rupanya habis kena baju, seluar dan kasut aku. Nasib baik aku pakai baju hitam dan seluar kelabu gelap. Terpaksalah minta dengan boss untuk balik sekejap tukar baju. Memang kena rendam cepat-cepat kalau tidak mungkin berbekas tempat kena ink tu. Balik semula ke tempat kerja dengan baju ganti. Capai mana yang ada sahaja sebab nak cepat. Bila sampai pejabat balik kecoh sebenarnya satu hospital. Rupanya ink tu dah meleleh sepanjang perjalanan 100m tu. Sempat kena bebel sikit dengan cleaner, nak buat macam mana bukan salah aku pun huhuhu.
x dpt bayangkan kalau en faizal pakai baju putih masa tu.. jenuh nak menyental ink nnt
BalasPadamItulah, nasib baik. Sebenarnya pagi tu berkira-kira nak pakai seluar cerah atau gelap, tapi pilih yang gelap.
Padamp/s selamat berpuasa ✌️😀
BalasPadamIya, selamat berpuasa juga.
Padammemang hassle bila ink tumpah..pernah jugak mengalami..cuma tumpah abih atas meja dan kena alas meja etc ink tu
BalasPadamSebab tu kalau beli printer untuk tahan lama elok beli jenis laser-jet, tapi itulah mahal sikit inknya.
PadamDi sini sudah puasa
BalasPadamLama saya tak pernah menyentuh printer
dan belum pernah juga mengalami hal seperti itu
Oh ya, Indonesia awal ya, mungkin anak bulan terlihat dari Padang, Sumatera.
PadamSelamat berpuasa.
BalasPadamMujur betul waktu tu pakai pakaian gelap.
Selamat berpuasa BK, itulah dah cuci semua nasib baik tanggal inknya. Kena rendam cepat-cepat.
Padamboleh dibayangkan kejadian tu... hihihi... xpe, jadikan sbg pengalaman untuk ingatan kita dan yg lain :D :D :D
BalasPadamItulah, lain kali bawa troli.
Padammemang akan kecoh juga kalau berlaku kes begini...pakaian yang terkena ink dan tidak dapat dibuang memang terasa juga peritnya
BalasPadamDah berjaya cuci, nasib baik tanggal semua ink.
Padam