![]() |
Pasar Ramadan Kg Baru. |
Perjalanan semalam lancar kecuali di beberapa tempat. Cuma semasa memandu mengantuk betul rasa sampaikan terpaksa berhenti dahulu di R&R Simpang Pulai arah ke selatan untuk tidur sebentar. Tak sangka pula betul-betul tidur. Campur rehat dah toilet break dalam sejam juga kami berehat di situ. Ramai bangsa Cina dan India turut ambil kesempatan bercuti, mungkin bercuti ke KL tu. Setelah itu baru segar dan perjalanan diteruskan. Oh ya kami dari Pulau Pinang menuju ke Gombak, sebelum ke Gombak perlu ke Cyberjaya dahulu untuk ambil kuih raya.
Semasa dalam perjalanan ke Gombak melalui Jalan Tun Razak (jarang Maps nak suggest jalan ni tapi sebab ibukota dah lengang). Dalam pada itu aku terfikir untuk beli bubur lambuk Kg Baru. Teringin nak merasa. Dalam pada itu Pasar Ramadan Kg Baru baru nak buka, sempat juga membeli lauk masakan Negeri Sembilan, murtabak dan rojak. Sempat juga belikan air gas untuk rumah Gombak sedikit untuk persediaan raya.
Malam tadi dapatlah berbuka sehari dengan Mak. Maghrib, Isyak dan Terawih akhir di Madrasah Al-Hilaliah. Semoga Allah menerima ibadah kita dan mengampunkan semua dosa-dosa kita. Perjalanan menyambut raya akan diteruskan lagi ke Temerloh sebentar lagi.
Salam Lebaran 2025. Semoga perjalanan dipermudahkan.
BalasPadamSelamat berhari raya BK, semoga berbahagia selalu. Perjalanan kali ini smooth kecuali di N9.
PadamHahahaha saya sangat lah yg menuliskan cerita2 traveling bisa setahun kemudian 🤣.
BalasPadamBtw, selamat hari raya Abang. Mohon maaf lahir dan bathin yaa 🙏
Selamat hari lebaran, semoga berbahagia selalu. Biasalah tu peram2 cerita. Tak dicatat rasa sayang dan rugi. Maaf 0-0 juga ya.
PadamEid mubarak utk tn faizal dan seisi family
BalasPadamSHRMZB Dr. Semoga berbahagia di hari lebaran.
PadamSinggah beraya sini.. Selamat hari raya...
BalasPadamSelamat hari lebaran. Nanti kami pergi beraya pula.
PadamBab peram entey tu hahaha.. biasalah kdg2 dah siap tulis pun tak terpost jua hahaha..
BalasPadamSalam Lebaran 😊
Biasalah tu, itu tandanya minat menulis dan berkongsi. Rasa rugi bila tidak ditulis. Nilai tinggi pengalaman.
Padamx pekena roti john kat bazar kg baru tu?😁
BalasPadamSaya pula peram berbulan-bulan ceritanya. Baru je selesai ceritanya. Nampak gaya macam penat sangat tu sampai tertidur. Eh jarang betul jalan tu lengang. Padahal jalan gombak tu jarang lengang kan. Cakap pasal bubur lambuk dah lama teringin tapi tak jumpa. Nak yang menepati selera lagilah payah. Syukur juga dapat berbuka dengan mak walaupun sehari.
BalasPadamSaya pula peram berbulan-bulan ceritanya. Baru je selesai ceritanya. Nampak gaya macam penat sangat tu sampai tertidur. Eh jarang betul jalan tu lengang. Padahal jalan gombak tu jarang lengang kan. Cakap pasal bubur lambuk dah lama teringin tapi tak jumpa. Nak yang menepati selera lagilah payah. Syukur juga dapat berbuka dengan mak walaupun sehari.
BalasPadam