Jumaat, Mac 14, 2025

Upgrade Laptop Sendiri Pula

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Lepas buat catatan ni nak berjalan kaki ke masjid. Di antara sunnah yang boleh dilakukan untuk ke masjid ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Hari ini adalah hari ke 13 kita berpuasa, kalau di Indonesia dah hari ke 14. Bolehlah kita ambil masa sedikit untuk fikirkan apa yang berlaku sepanjang 13 hari ni memandangkan tinggal lagi separuh sahaja Ramadan. Sedar tak sedar nanti ia akan meninggalkan kita. Kemudian baru kita nak tanam azam kalau Ramadan sekali lagi nak buat itu dan ini. Di waktu masih tersisa ini selesaikan apa yang wajib bagi kita, antaranya zakat. Ramai yang terlepas pandang bab zakat, kena belajar jenis zakat, apa yang diwajibkan atas kita, dan saya cadang selesaikan zakat dalam bulan Ramadan. Lihat juga keutamaan kita dalam beramal, ada yang wajib dan ada yang sunnah. Pastikan yang wajib tip top baru laksanakan sunnah dengan banyak dan konsisten. Hindarkan diri dari banyak bercakap yang sia-sia. Jangan tengok video yang bermuzik, banyak mempamer aurat dan yang sia-sia (Kalau tengok FYP TT memang tak boleh nak jaga). Jaga hubungan dengan Al-Quran, tilawahnya dibanyakkan, tadabbur ayat-ayatnya, tajamkan hafalan sedia ada dan tambah hafalan surah atau ayat baru.

Dalam pada aku membaiki laptop orang kadang-kala laptop sendiri tak upgrade-upgrade. Jadi baru ni ada customer minta ganti screen laptop dia yang bergegar, masa order screen baru aku order sekali screen laptop sendiri. Walau pun tak rosak kadang laptop asal yang kita beli resolutionnya rendah dan sebenarnya boleh upgrade ke full hd punya resolution. Pada aku sekarang ni kalau nak pakai laptop kena pastikan screennya full hd iaitu 1920x1080 pixel. Kalau guna rendah dari tu mesti susah nak buat kerja nak-nak kalau guna software yang baru. Web app dan website pun sekarang lebih selesa diview dengan fhd resolution. Lepas tukar mesti akan cakap dalam hari, kenapalah tak buat dari dulu. 

Satu lagi upgrade yang aku buat selain screen ialah wireless card. Ini pun boleh diupgrade bagaimana pun kena buat research dahulu sebab bukan semuanya ngam. Sebelum upgrade pada network yang sama saya dapat 300Mbps tetapi selepas upgrade dapat 600Mbps. Selalunya orang akan blame telco atau wifi tetapi ada kemungkinan limitas device kita sendiri. Bila upgrade rase respond web lagi tip top. Aku jenis suka buka banyak tab pada browser jadi lepas ni boleh buka banyak lagi tab huhuhu.

Dah nak pergi masjid dulu. Pada rakan-rakan blogger bulan Ramadan ni blog-walking bikin lapar kan. Nanti letak caption.

 

Test dahulu screen baharu.

 

Check resolution.


Wireless card lama.

Internet semakin pantas.

Beza wireless card lama dengan yang baharu. 
Network card baharu siap dipasang.

 

Sekian dahulu.

24 ulasan:

  1. untunglah pandai repair sendiri... ammi hantar repair laptop kat lowyat tapi tak boleh pakai terus jadinya

    BalasPadam
  2. semoga usaha kita beribadat diterima oleh Allah swt

    BalasPadam
  3. Untung lah boleh buat sendiri...
    Kalau uncle...? Macam tikus baiki labu lah....

    BalasPadam
  4. saya masih takut bongkar laptop
    takut kalau bisa ngebongkar tapi enggak bisa masangnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut stepnya dan bertenang. InsyaAllah selamat.

      Padam
  5. Wah hebat nih punya skil
    Dulu saya juga begitu, setelah terkendala pada mata. Jadi malas jika harus bongkar-bongkar laptop, ke tukang service aja dah
    Wah internet semakin lancar nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya semakin lancar internetnya, dulu saya pun takut-takut juga. Kena banyak praktis.

      Padam
  6. Salut banget sama mas Faizal hehehe. Percaya diri membongkar laptop untuk upgrade :D Sabar sekali ya mencari tahu info dan tipsnya dan mengikuti langkah-langkahnya. Semoga lancar ibadah puasanya aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, memang berada dalam bidang IT cumanya dahulu kurang rajin. Mula dari bencana COVID baru mula belajar bongkar komputer.

      Padam
  7. Laptop saya habis ranap anak-anak kerjakan.. Aduh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak memang kurang pandai menjaga harta, kita kena tunjukkan cara. Apa benda pun selagi boleh repair saya akan repair. Bukan tak boleh beli baru tapi nak membudayakan kita menghargai barang.

      Padam
  8. Alhamdulillah boleh repair sendiri..saya ni tengah berkira2 nak beli baru..tapi budak2 ofis suruh hantar dulu sbb katanya check bios setting dgn ssd..entahlah..tak tau teman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi boleh upgrade atau repair, repair sahaja. Cari kedai yang bagi harga dahulu sebelum repair.

      Padam
  9. ni laju bleh meroket ke bulan ke ni?😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah pakai buat blogging dan simpan2 fail.

      Padam
  10. Alhamdulillah...kalau ada kesempatan untuk berjalam kaki ke masjid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu sunnah yang ditinggalkan tu, kalau kita buat banyak pahalanya. Ada hadis tentang keutamaan berjalan kaki ke masjid.

      Padam
  11. Kalo urusan teknikal dari laptop, ga berani saya bang. Better bawa ke ahlinya 🤭😁. Tapi baguuus lah Abang ada skill utk bisa repair sendiri. Mahal kalo nak suruh orang ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, baik dihantar kepada yang ahli. Belajar dari internet dan kena berani cuba.

      Padam
  12. Tolong repair laptop saya hahaha...
    Makin lama makin tenat pula jadinya.. umur baru 10+ tahun sahaja.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh2, rosak apa tu? Traveler ni kena pakai laptop 12 inci, dual battery baru ngam.

      Padam