Jumaat, Mac 14, 2025

Upgrade Laptop Sendiri Pula

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Lepas buat catatan ni nak berjalan kaki ke masjid. Di antara sunnah yang boleh dilakukan untuk ke masjid ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Hari ini adalah hari ke 13 kita berpuasa, kalau di Indonesia dah hari ke 14. Bolehlah kita ambil masa sedikit untuk fikirkan apa yang berlaku sepanjang 13 hari ni memandangkan tinggal lagi separuh sahaja Ramadan. Sedar tak sedar nanti ia akan meninggalkan kita. Kemudian baru kita nak tanam azam kalau Ramadan sekali lagi nak buat itu dan ini. Di waktu masih tersisa ini selesaikan apa yang wajib bagi kita, antaranya zakat. Ramai yang terlepas pandang bab zakat, kena belajar jenis zakat, apa yang diwajibkan atas kita, dan saya cadang selesaikan zakat dalam bulan Ramadan. Lihat juga keutamaan kita dalam beramal, ada yang wajib dan ada yang sunnah. Pastikan yang wajib tip top baru laksanakan sunnah dengan banyak dan konsisten. Hindarkan diri dari banyak bercakap yang sia-sia. Jangan tengok video yang bermuzik, banyak mempamer aurat dan yang sia-sia (Kalau tengok FYP TT memang tak boleh nak jaga). Jaga hubungan dengan Al-Quran, tilawahnya dibanyakkan, tadabbur ayat-ayatnya, tajamkan hafalan sedia ada dan tambah hafalan surah atau ayat baru.

Dalam pada aku membaiki laptop orang kadang-kala laptop sendiri tak upgrade-upgrade. Jadi baru ni ada customer minta ganti screen laptop dia yang bergegar, masa order screen baru aku order sekali screen laptop sendiri. Walau pun tak rosak kadang laptop asal yang kita beli resolutionnya rendah dan sebenarnya boleh upgrade ke full hd punya resolution. Pada aku sekarang ni kalau nak pakai laptop kena pastikan screennya full hd iaitu 1920x1080 pixel. Kalau guna rendah dari tu mesti susah nak buat kerja nak-nak kalau guna software yang baru. Web app dan website pun sekarang lebih selesa diview dengan fhd resolution. Lepas tukar mesti akan cakap dalam hari, kenapalah tak buat dari dulu. 

Satu lagi upgrade yang aku buat selain screen ialah wireless card. Ini pun boleh diupgrade bagaimana pun kena buat research dahulu sebab bukan semuanya ngam. Sebelum upgrade pada network yang sama saya dapat 300Mbps tetapi selepas upgrade dapat 600Mbps. Selalunya orang akan blame telco atau wifi tetapi ada kemungkinan limitas device kita sendiri. Bila upgrade rase respond web lagi tip top. Aku jenis suka buka banyak tab pada browser jadi lepas ni boleh buka banyak lagi tab huhuhu.

Dah nak pergi masjid dulu. Pada rakan-rakan blogger bulan Ramadan ni blog-walking bikin lapar kan. Nanti letak caption.

 


 






1 ulasan:

  1. untunglah pandai repair sendiri... ammi hantar repair laptop kat lowyat tapi tak boleh pakai terus jadinya

    BalasPadam