Rabu, April 16, 2025

Derma Darah Bilangan Pertama 2025

Jadikan sebagai aktiviti rutin.
Assalamualaikum dan selamat pagi. Awal pagi tadi sempat melayari beberapa catatan pada blog-blog yang diikuti. Entah macam mana terbaca catatan berkaitan derma darah di sini. Teringat pula yang selepas masuk kerja dari cuti raya tempoh hari ada menderma darah lantaran teringin pula membuat catatan berkenaannya di sini.

Sebenarnya dalam satu tahun seorang yang selalu menderma darah pun biasanya dua atau tiga kali sahaja dapat menderma. Antara sebabnya orang yang baru balik dari luar negara perlu tunggu dahulu sebulan walaupun dari segi masanya dah boleh menderma. Dari segi masa seorang boleh menderma setiap tiga bulan. Satu lagi bulan puasa, selalunya orang kurang semangat nak derma darah di bulan puasa. Mungkin takut ada masalah apa-apa atau mungkin bulan puasa ni agak suntuk masanya dan perlu sedikit sebanyak kurangkan aktiviti. Jika seseorang menderma di bulan puasa kira hebatlah, masa baca catatan rakan blogger tu baru tahu ada juga pusat derma darah yang buka waktu malam. Bagus juga pendekatan tu kerana biasa pusat derma ni di dalam hospital dan waktu bekerja memang paling  masalah sekali ialah isu parking kereta di hospital. Kadang tu orang jadi malas nak menderma kerana masalah parking. Apapun biasanya ada juga disediakan parking untuk penderma cuma bila kena nasib tak baik kenalah juga cari parking jauh dan berisiko kena saman.

Bila aku tengok semula buku derma darah aku, baru penuh satu muka surat iaitu 15 kali derma. Sikitlah tu berbanding suami rakan blogger tu dah dekat 40 kali. Apa pun sebolehnya sementara masih layak untuk menderma ni bantulah. Perasan bulan puasa dan lepas raya stok darah amat kurang. Ada juga aku share panggilan derma darah dari Hospital Pulau Pinang di laman fb.

3 ulasan:

  1. Terima kasih singgah sudi baca dan letakkan blog saya. Rasanya pihak hospital memang tak bagi derma waktu berpuasa. Risau ada yang memudaratkan. Bagus juga kalau semua pusat derma darah ada buat kempen derma darah malam waktu bulan Ramadan kan. Mudah orang Islam nak menderma darah. Bab parkir tu setuju. Kalau tak ada parkir satu masalah juga.

    Tahniah! Kira banyak juga tu 15 kali berbanding saya 2 kali.

    Alhamdulillah..semoga terus memberi kebaikan.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Banyak dah 15 kali tu.. Saya baru berjaya 1 kali ja..

    BalasPadam