Rabu, April 09, 2025

Selamat Menyambut Aidil Fitri 1446H

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan kepada semua. Baru dapat semangat untuk membuat catatan selepas hari raya. Catatan ini bolehlah dikatakan bersambungan dengan catatan perjalanan balik kampung pada catatan sebelum ini. Sangkaan kami yang jalan akan jem pada hari Ahad sebelum raya itu agak meleset kerana perjalanan dari KL ke Temerloh lancar. Rupanya orang dah ramai balik pada hari Sabtu. Legalah pemandu. Tahun ini raya pertama bersama keluarga puan isteri di Temerloh, kami berkumpul bersama 7 keluarga adik-beradik isteri di Hotel Seri Malaysia. Malam akhir berbuka atau malam raya ada majlis pemberian duit raya kepada anak-anak buah yang belum bekerja. Ini motivasi buat mereka supaya tidak cepat-cepat nak bekerja Hahaha. 

Solat hari raya kami di Masjid Abu Bakar, sebuah masjid yang pernah juga aku kunjungi di zaman aku bersekolah di Jerantut, siapa sangka dapat kembali semula ke masjid ini. Ingat kalau lain kali hari raya di Temerloh nak solat hari raya di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah (masjid baru Temerloh). Selesai solat kami ke kubur dan ziarah beberapa rumah di sekitar Temerloh dan Bera. Keesokan hari ni kami sambung beraya di Mentakab dan terus ke Negeri sembilan untuk beraya dan ziarah di rumah ibu saudara di sebelah aku pula di Kuala Kelawang dan Juasseh. Di Negeri Sembilan perjalanannya agak mencabar kerana sesak di sana sini sampaikan terpaksa ikut jalan alternatif yang sangat sempit jalannya, melalui celah-celah kampung dan hutan, naik bukit turun bukit melalui anak sungai baru dapat jumpa jalan keluar ke highway untuk bermalam di Gombak selama beberapa hari. Di Gombak kami juga ziarah ke beberapa rumah dan ada juga menerima kunjungan.

Hari Jumaat kami balik ke Penang, disebabkan hari Jumaat kami singgah Solat Jumaat di Masjid Negeri Perak. Cantik rupanya Masjid Negeri Perak ni cuma yang agak peliknya orang tak ramai. Mungkin sebab pejabat-pejabat kerajaan masih belum ramai yang bekerja. Nak cari kedai makan pun susah di musim raya. Selamat kembali kepada firtah, semoga amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima sepenuhnya. Nanti kami singgah beraya diblog kalian pula, jangan lupa tinggalkan jejak

.        

Poster raya.

Anak-anak buah yang lama tak berjumpa.

Malam raya.

Selesai solat raya di Masjid Sultan Abu Bakar.

Sesi bergambar, hampir semua anak-anak buah semuanya ni.

Menerima kunjungan Mami Sariah dari Antara Gapi.

Bawa mak bersarapan pagi.

Ziarah pusara abah di Danau Kota.

Solat Jumaat di Masjid Negeri Perak.

 Sekian dahulu, ada kerja pula.

11 ulasan:

  1. eid mubarak to u and ur whole family

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana datang beraya di sini selalu. Eid Mubarak.

      Padam
  2. salam Aidilfitri...Alhamdulillah, tak tersangkut jam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sangkut juga tetapi tak terlalu parah.

      Padam
  3. Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Terima kasih singgah.

      Padam
  4. Alhamdulillah seronok dapat kembali menunaikan solat aidilfitri di masjid yg penuh kenangan di masa dahulu.
    Salah Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin 😎

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah, bagus bila terkenang zaman sekolah dulu. Mengingatkan kita asal usul. SHR, MZB bro.

      Padam
  5. Rinduuu sangat nak merasakan raya di Penang lagi ❤️. Tapi sejak balik JKT, balik ke Penang hanya bisa di hari2 bukan lebaran, Krn memang tak bisa mudik atau traveling kemana2 saat lebaran. Asisten saya cuti lebaran 3 Minggu 😅. Kalo dia tak ada, saya pun tak bisa kemana2 sebab tak ada yg jaga anak bulu di rumah.

    Syukurlah tak ramai jalanan ya bang. Rata2 orang mudik dan hari sebelumnya. Tp kalo di sini, puncak mudik itu justru H-1 lebaran. Jangan harap lah tak jammed 🤣.

    Selamat berlebaran utk Abang sekeluarga. Mohon maaf lahir dan bathin 🙏

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin juga. Tunggu perkongsian rayanya. Dahulu saya suka ikuti trend di Indonesia melalui #pulkam. Macam-macam gaya dari konten-kontennya.

      Padam
  6. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin juga. Tunggu perkongsian rayanya. Dahulu saya suka ikuti trend di Indonesia melalui #pulkam. Macam-macam gaya dari konten-kontennya.

    BalasPadam